Utama > Uncategorized > HKR : Kejayaannya untuk masa depan yang bermakna

HKR : Kejayaannya untuk masa depan yang bermakna


SRI GADING – “Yang capek datang bertongkat, yang buta datang dituntun ,yang tua datang beriring ,yang muda datang berganding. Tidak mengira warna kulit semuanya bersatu hati menuju masa depan Malaysia yang lebih bermakna,” kata Noor Khalim Sakim, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Raja dalam satu kenyataan.

Khalim berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan akhbar Sinar Harian hari ini yang berbunyi ‘Tahniah semua!’ yang merujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dianjurkan di Stadium Merdeka, semalam.

Akhbar itu dilaporkan berkata, ucapan tahniah bukan sahaja  kepada penganjur HJR bahkan kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi, laporan itu turut menyebut rakyat dan pihak berkuasa berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan-tidak kira saiz dan bilang peserta – boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Sinar Harian turut melaporkan yang perhimpunan itu bermula di lapan lokasi yang ditetapkan penganjur dan ia dihadiri lebih 100,000 peserta dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, Khalim turut berkata, himpunan ini adalah kejayaan besar semua pihak disamping kolaborasi antara rakyat dengan pihak berkuasa.

“TAHNIAH . Himpunan kali ini adalah kejayaan besar gandingan mantap antara RAKYAT dan pihak POLIS … jangan jeles pemimpin2 umno :D,” katanya yang dipetik daripada laman rasmi Facebooknya.

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: