Utama > Uncategorized > Razali bakal terima cabaran sengit

Razali bakal terima cabaran sengit


MUAR – Penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahin dikatakan bakal menghadapi saingan sengit apabila Pakatan Rakyat (PR) berkira-kira ingin meletakkan calon berwibawa dan berpengaruh di situ.

Menurut Dr Mohamad Taslim, ADUN Maharani, PR berkeyakinan bahawa calon yang dipilih dapat membantu meraih kemenangan besar pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti sekaligus merampas kerusi Parlimen ini daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Parlimen Muar adalah salah satu kerusi panas di negeri ini yang menjadi tumpuan PR.

“Kita akan meletakkan calon berwibawa memandangkan kerusi Parlimen Muar ketika ini disandang oleh Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“PR khususnya PAS sudah bersedia menghadapi PRU 13. Keyakinan ini turut dibantu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat terhadap parti ini,” katanga dalam satu kenyataan.

Dr Mohamad berkata demikian pada majlis Ziarah Kebajikan kepada enam penerima sumbangan dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohamad berkata, pihaknya berharap sokongan kaum Melayu, Cina dan India akan berterusan sehingga PRU akan datang untuk membantu PR mendapat kemenangan besar.

“Kita akan memberikan bantuan lebih baik jika mempunyai kewangan mencukupi yang diperoleh menerusi sumbangan orang ramai.

“Stigma rakyat terhadap parti ini sudah berubah ke arah lebih positif. Setiap program yang diadakan mendapat respons baik dan mereka mengalu-alukan kedatangan ke rumah setiap kali menyampaikan bantuan,” katanya lagi.

Katanya, menjelang PRU nanti, PR akan terus bekerja keras mendampingi rakyat menerusi aktiviti turun padang untuk menyampaikan bantuan tanpa mengira ideologi politik.

Pada PRU lepas, Razali mendapat undi 16,986 dengan kemenangan majoriti 4,661 menewaskan calon PKR, Nah Budin dengan undi 12,325.

Bagi DUN Maharani, calon PAS, Dr Mohamad Taslim mendapat kemenangan majoriti 156 dengan undi 5,154 mengalahkan calon BN, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah yang meraih undi berjumlah 7,996.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: