Arkib

Archive for Februari 2013

Bahang PRU di DUN Permas, PAS tidak gentar

Februari 28, 2013 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Dengan keyakinan yang tinggi di mana rakyat kini memihak kepada pembangkang, Syed Othman Syed Abdullah yang disebut-sebut akan dicalonkan PAS di DUN Permas dikatakan tidak gentar menghadapi bakal calon yang diketengahkan oleh BN.

Beliau yang kini merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas berkata, gelombang perubahan sudah lama dirasainya dan selama dua tahun bekerja memenangi hati rakyat sudah dipersiapkan guna menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Selain kaum Cina yang dilihat begitu ketara mahukan perubahan kata Syed Othman, ia turut diikuti masyarakat Melayu yang kebanyakannya kecewa dengan janji pemimpin BN.

“Kita tidak ada masalah kerana senario politik memang tidak ada sesiapa pun yang boleh jangka.

“Kita nampak mood rakyat sama ada Melayu, Cina dan India di sini sangat baik setakat ini untuk memberi sokongan kepada calon PR,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Othman berkata, masyarakat Cina memang ketara inginkan perubahan, begitu juga dengan orang Melayu terutama yang kecewa dengan isu tanah secara jelas cenderung bersama PR.

Menurutnya, PR akan terus membangkitkan isu kegagalan Menteri Besar menunaikan janji kepada penduduk setinggan sejak 1999 kerana penyelesaian melalui penyerahan Borang 5A belum cukup jaminan.

“Kalau betul hasrat MB hendak tunaikan janji memberi geran tanah kepada rakyat, kenapa perlu melalui proses yang terlalu lama sehingga berpuluh tahun.

“Kita tak cemburu, sebaliknya kita kasihan dengan nasib rakyat yang secara terang-terangan dibohongi dengan janji yang pasti tidak mampu ditunaikan oleh MB,” katanya lagi.

Menurutnya, rakyat Pasir Gudang yang kecewa disarankan untuk menukar kerajaan baru, bukan sahaja di Pasir Gudang, sebaliknya di negeri ini untuk melihat apa sebenarnya kerajaan baru boleh dilaksanakan.

“Kalau kita diberi mandat menawan Johor, kita akan bangkitkan di sidang Dun dan Parlimen untuk mengkaji balik macam mana tanah boleh terlepas kepada pihak ketiga.

“Rata-rata penduduk setinggan yang saya jumpa memang kecewa, kita harapkan mereka akan bersama kita pada PRU 13 nanti untuk membawa perubahan besar politik di negara ini,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Penduduk di Pontian diabaikan?

Februari 27, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO didakwa bermain ‘politik kampung’ kerana dikatakan hanya mengunjungi Kampong yang dikenal pasti tidak banyak ‘masalah’.

Sedangkan kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) banyak lagi kampung di Parlimen Pontian terpinggir.

“(banyak masalah yang dikenal pasti seperti) Naik taraf jalan serta lorong dan titi laluan ke rumah penduduk, lampu jalan, bantuan baiki rumah serta persekitaran semak samun masih gagal di tangani.

“Permohonan dibuat sudah lama, berulang-ulang sehingga ada penduduk memberitahu, sudah jemu untuk teruskan permohonan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Ungku lagi, dalam kunjungan PAR Pulai Sebatang semalam mendapati kebocoran air yang melimpah di Rumah Pangsa Taman Seri Api-Api, di sini, masih tidak diambil tindakan.

Katanya, walaupun berkali-kali rungutan penduduk diutarakan, tiada tindakan dilalukan menyebabkan mereka terpaksa membuat pengadang serta menyidai bunting lama (foto), bagi memisahkan ruang berdekatan surau serta mengelakkan percikan air limpahan yang berbau busuk supaya tidak jatuh ke atas lantai bawah blok .

“Ketika mengadakan Majlis di ruang berhampiran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian hanya berada sekitar 50 meter dari tempat kejadian, namun tidak di beri perhatian .

“Untuk Datuk Ahmad Maslan, kapan mahu anjurkan ‘Anugerah Rumah Pangsa Cemerlang di di Pontian?”, katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Sokongan meningkat tambah keyakinan akan kekalkan Kerusi

Februari 26, 2013 Tinggalkan komen

BAKRI – Bersandarkan sokongan yang terus meningkat dari semasa ke semasa, PAS DUN Sungai Abong yakin yang parti itu mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Penyandangnya, Dr Sheikh Ibrahim berkata, masyarakat Melayu sudah dapat menerima kehadiran PAS, manakala masyarakat Cina sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada parti berkenaan.

Katanya, PR tidak gentar untuk menghadapi persaingan pada PRU kali ini kerana sebilangan besar rakyat di sini sudahpun mengisytiharkan parti mana yang mereka pilih dan mengharapkan ia berpihak kepada PR.

“Kebanyakan masyarakat Cina tanpa berselindung memberitahu parti yang mereka sokong pada PRU 13 nanti.

“Pengumuman ini secara tidak langsung menunjukkan PR mempunyai peluang cerah untuk kekal di Parlimen ini,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ketika ditanya rahsia yang digunakan untuk meraih sokongan rakyat, Dr Sheikh Ibrahim berkata, antara pendekatan yang diamalkan ialah tidak sombong dengan rakyat dan beri bantuab secara adil tanpa mengira kaum juga fahaman politik.

“Bahkan kita lebih mendekati mana-mana masyarakat pada mulanya dilihat agak susah untuk menerima PR, Alhamdulillah pendekatan ini berkesan.

“Kita sedar PAS tidak mampu menyelesaikan masalah berkaitan pembangunan infrastruktur. Tetapi kita cuba atasinya dengan mengetengahkan isu tersebut kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Katanya lagi, bilangan pengundi di DUN itu menunjukkan peningkatan yang drastik iaitu hampir 7,000 pengundi berbanding hanya kira-kira 20,000 pengundi pada PRU lalu.

“Kita bimbang akan timbul isu status pengundi diragui kerana peningkatan agak tinggi berbanding DUN Maharani dan Bentayan dengan masing-masing kira 2,000 pengundi,” katanya lagi.

Apapun kata Dr Sheikh, beliau mengharapkan PRU kali ini akan berjalan secara telus dan adil, selain keputusan yang akan memberikan kegembiraan kepada ramai pihak.

Kategori:Uncategorized Tag:

Bicara selebriti tambat hati wanita Pontian

Februari 25, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Para penduduk khasnya dalam kalangan wanita di Parlimen ini teruja dengan gaya penampilan selebriti terkenal Abby Abady dalam sebuah majlis dekat sini, baru-baru ini.

Menurut penganjur program, Rosyatimah yang juga Ketua Hal Ehwal Wanita DUN Benut, Abby pandai memikat hati orang ramai dengan gaya bersahaja sehingga ramai yang tidak menduga bekas pelakon Gerak Khas itu boleh berkomunikasi dalam pentas PAS.

“Sebenarnya, program anjuran bersama PASTI dan Helwa Benut sempena dengan Maulidurrasul. Kami tidak sangka, sambutan itu menggalakkan terutama dari kalangan perempuan walaupun perancangannya amat singkat,” katanya ketika ditemui selepas program.Bicara Selebriti di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Markom, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian dan Ustaz Faizul Hakim Ahmad.

Terdahulu, majlis turut diserikan dengan persembahan murid PASTI sekitar DUN Benut, Marhaban dan Tazkirah Maulidurrasul.

image

image

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Ke mana perginya kekayaan Johor selama ini? – Dr Ungku

Februari 24, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Kerajaan UMNO-BN didesak untuk memberikan penjelasan di manakah perginya kekayaan hasil mahsul negeri yang banyak agar dinikmati oleh rakyat keseluruhan.

Dahulu, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Johor pernah dikategorikan antara negeri berpendapatan tinggi kerana kaluasan tanahnya melalui hasil balak, perlombongan, kelapa sawit, pasir, kopi, koko, kopra dan buah-buahan tempatan.

Di samping itu, Johor turut menyumbang pendapatan di peringkat pusat melalui kutipan cukai dan perkhidmatan Pelabuhan Pasir Gudang serta aktiviti di Tambak Johor.

Namun ujarnya, rakyat Johor khusus orang Melayu masih berada di tahap rendah.

“Yang kaya raya adalah di kalangan pemimpin dan kroni mereka. Masuklah ke kawasan pendalaman, lihat sendiri dan bandingkan dengan kawasan pendalaman di negeri lain.

“Johor sepatutnya sudah lebih maju ke hadapan berdasarkan kedudukannya di apit oleh Singapura dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun kini, dakwa Dr Ungku, ia hanya tinggal kenangan apabila ada pemimpin yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan diagih-agihkan kepada kroni masing-masing.

“Semua nya tinggal kenangan dek pemimpin rakus Muhyiddin antara pemimpin UMNO Johor yang membawa masuk Syed Bukhari bagi meratah harta pusaka untuk di faraid di kalangan mereka .

Kategori:Uncategorized Tag:

Kemelut di Gelang Patah – PAS sediakan ruang pertemuan

Februari 23, 2013 Tinggalkan komen

image

JOHOR BAHRU – PAS Johor menyatakan kesediaannya untuk mempertemukan individu yang terlibat dengan perebutan calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

Pesuruhjayanya, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina pada 24 Februari ini dengan harapan sebagai peneguhan kepada penamatan kemelut tersebut.

“Saya sendiri anjurkan dan menjemput mereka hadir, sama-sama kami akan berjumpa dan berbincang cara baik.

“Biarpun belum ada keputusan siapa bakal bertanding di Gelang Patah, biarlah perkara ini diselesaikan oleh PR Pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Dr Mahfodz turut mengalu-alukan tindakan menamatkan perebutan itu setelah Datuk Dr Chua Jui Meng yang juga Pengerusi PKR negeri ingin menyerahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat dan ini adalah tindakan yang bijak, katanya.

“Saya menerima berita ini dengan sangat gembira, di mana mereka bersedia memperbetulkan keadaan PR khususnya di Johor dan bangkit bersama menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Memang tidak dinafikan berlaku pertelagahan di kalangan PR namun perkara ini diselesaikan dengan cara baik menerusi rundingan dalaman.

“Saya sendiri akan ada menghubungi Jui Meng secara peribadi dan dia juga terima dengan baik dan terbuka,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr Mahfodz turut menolak andaian bahawa bakal berlaku pencalonan tiga penjuru di kerusi panas itu.

Kategori:Uncategorized Tag:

Penduduk sepakat tubuh jawatankuasa untuk suarakan masalah

Februari 22, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Para penduduk Kampung Parit Sungai Besar Laut bertindak menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi tujuan menyuarakan masalah prasarana di kampung itu didakwa dipinggirkan.

Menurut Ketuanya, Masek Alias, 40, dalam pertemuan dengan wakil Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut, jalan tidak berturap dan berlubang telah dikenal pasti masalah yang dipanjangkan oleh penduduk di situ.

“Jalan hanya separuh diturap. Kesukaran penduduk semakin menjadi-jadi apabila banyak lopak-lopak di sepanjang jalan mengundang kemalangan.

“Pernah ada seorang penduduk yang hantar anak ke sekolah terjatuh. Ada kes lagi, warga emas guna jalan ini turut terjatuh.

” Jalan ini adalah alternatif dan jalan pintas ke Parit Satu, Parit Makuaseng, jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Sri Bugis dan jalan terus Tampok Lapis laut.

“Disamping itu, penduduk turut menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan hasil tanaman akibat jalan yang tidak selesa seperti berlopak, berdebu ketika musim panas dan berlecak ketika hujan,” jelasnya lagi ketika menyerahkan memorandum bantahan, dengan mewakilkan kepada PAR Benut.

Sementara itu, Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika dihubungi mengesahkan telah menerima aduan penduduk dan tindakan susulan akan dirujuk kepada pihak berwajib.

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Isu Pengerang terus mendapat tempat

Februari 21, 2013 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – Isu Pengerang yang kini hangat diperkatakan terus mendapat tempat apabila Forum Isu Tanah Johor menyuarakan akan memperjuangkan isu pengambilan tanah yang berlaku di sana.

Menurut Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, pihaknya melihat isu yang melibatkan penduduk didakwa mengancam hak pemilik tanah kerana kerajaan negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Disemak pada tahun 1985).

“Akta itu digunakan untuk menganbil tanah di Pengerang. Ini sebenarnya mengancam hak pemilik tanah khususnya rakyat biasa yang mempunyai tanah yang sedikit.

“Rakyat begitu lemah dalam menghadapi akta berkenaan yang begitu kebal untuk dicabar di mahkamah. Nilai pampasan bagi tanah yang diambil berdasarkan nilai tanah pertanian yang rendah harganya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam forum itu, Hassan turut menyentuh isu perkuburan masyarakat Orang Asli di penempatan Kampung Simpang Arang, Gelang Patah yang terjejas akibat pembangunan selain masalah setinggan di Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Kategori:Uncategorized Tag:

MBJB didakwa lepas tangan, PAR beri tempoh seminggu

Februari 20, 2013 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG РMajlis Bandaran Johor Bahru (MBJB) didakwa mengambil sikap lepas tangan  terhadap satu insiden yang dialami oleh mangsa, Chong Sin Fei, 31, di Jalan Permas Jaya 3 dekat sini.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya memberi tempoh sehingga seminggu kepada Pihak berkuasab tempatan (PBT) terbabit sebelum melantik peguam.

“Pihak Biro¬† Pengaduan Awam (BPA) memberitahu mereka dalam perundingan dengan pihak MBJB.

“Sekiranya dalam tempoh seminggu masalah itu tidak dapat diselesaikan kita akan membantu pengadu melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan Sin Fie apabila MBJB mengambil tindakan membesarkan longkang berhampiran kediamannya.

Bagaimanapun, dia mendakwa masalah timbul berikutan tindakan kontraktor yang dilantik MBJB mengorek longkang menggunakan jentolak menyebabkan tembok pagar rumahnya runtuh selang sehari kemudian.

Dia mendakwa, pihak terbabit lepas tangan dalam masalah tembok pagar berkenaan.

Katanya lagi, selepas insiden itu, dia beberapa kali berulang alik ke MBJB meminta tembok pagar rumahnya dibaik pulih segera, namun selepas lebih lima bulan berlalu masalah itu belun diselesaikan.

Malah katanya lagi, keadaannya menjadi tertekan apabila dia sekeluarga terdedah dengan kes kecurian apabila pernah dimasuki pencuri bulan lepas.

Sehubungan itu, MBJB diminta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang menimpanya.

Kategori:Uncategorized Tag:

Langkah keselamatan di rumah perlu dipertingkatkan – Khalim

Februari 19, 2013 Tinggalkan komen

image

SRI GADING – Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat termasuklah di rumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku, kata Noor Khalim Sakib, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Raja.

Katanya, dalam Kejadian yang menimpa sebuah keluarga yang menjadi mangsa rompak dan rogol perlu dijadikan pengajaran semua pihak agar tidak memandang ringan terhadap kawalan pencegahan.

“Ziarah pengerusi Pusat Aduan Rakyat Noorkhalim Hj Sakib ke rumah mangsa rompak dan anaknya di rogol,” katanya dalam satu kenyataan yang di hantar kepada Ibn bacoks semalam.

Khalim berkata demikian sewaktu mengunjungi mangsa di rumahnya Parit Haji Hassan, dekat sini, baru-baru ini.

Terdahulu Khalim bersama Hashim Jusoh, Yang Dipertua PAS Sri Gading serta Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor berkesempatan menghulurkan sumbangan disamping bacaan doa dilantunkan bagi menyatakan rasa simpati kepada mangsa.

image

Kategori:Uncategorized Tag: