Utama > Uncategorized > Ceramah Dr Abd Aziz Bari pecah tembok penghalang

Ceramah Dr Abd Aziz Bari pecah tembok penghalang


image

PONTIAN – Jika dahulu amat sukar PAS mendapat kepercayaan daripada masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini tembok penghalang bagi masyarakat mendekati parti Islam itu berjaya dipecahkan.

Hal ini dapat dibuktikan, kata Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian, ketika menganjurkan  ceramah Aziz Bari terdapat tiga isu tempatan berjaya diketengahkan.

” Ia hasil daripada orang ramai yang datang mengadu kepada kami berhubung beberapa masalah. Mereka telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Dr Abdul Aziz selaku wakil Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut dengan harapan isu yang diketengahkan ini mampu membuka mata banyak pihak terutama UMNO Pontian,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Ceramah ‘Saat Melakar Perubahan’ anjuran PAS Cawangan Sungai Besar bersama Dewan Pemuda PAS Pontian, di pekarangan PASTI al-Hirak, Pekan Tampok, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Mohd Hanif Hosman, Ketua AMK Keadilan cabang Pontian.

Terdahulu, majlis diserikan dengan penyerahan memorandum bantahan daripada Mohd. Ameruddin, wakil penduduk Tampok Darat dalam isu jalan, Mohamad Tahir, wakil penduduk Kampung Sungai Besar laut dalam isu jalan dan Mohd Syafie, wakil belia dalam isu bantahan bayaran menggunakan gelanggang Futsal 1Malaysia Kompleks Penghulu Mukim Benut.

image

image

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: