Utama > Uncategorized > Anak muda bantah bayaran guna gelanggang futsal

Anak muda bantah bayaran guna gelanggang futsal


image

PONTIAN – Anak-anak muda yang mewakili Kampung Parit Makuaseng, Sungai Besar, Parit Hassan dan Tampok dekat sini menyatakan bantahan terhadap bayaran bagi penggunaan Futsal 1Malaysia Kompleks Penghulu Mukim Benut.

Menurut wakil belianya, Mohd Rafaie Bachok, 30, dalam surat siaran yang ditandatangani Ketua Kampung Parit Makuaseng menyebut bayaran tersebut dikenakan untuk satu pasukan sebanyak RM45.00 selama satu jam pada waktu malam dan sebanyak RM20.00 selama satu jam pada waktu siang.

“Kami membantah penguatkuasaan ini kerana rata-rata kami dari kalangan golongan berpendapatan rendah sudah tentu langkah tersebut amat membebankan.

“Disamping itu, ada dikalangan kami yang masih dibangku sekolah. Oleh itu adalah tidak wajar bayaran itu dikenakan kerana jumlahnya tinggi,” katanya ketika ditemu ramah, baru-baru ini.

Sehubungan  itu, pihaknya merayu agar pihak pengurusan mempertimbangkan bantahan ini memandangkan  gelanggang itu dibina bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.

“Yang kami persoalkan, kenapa waktu siangpun dikenakan bayaran. Itu yang kami tak puas hati. Kami mohon penjelasan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Kelab Futsal 1Malaysia Parit Makuaseng, Mohd Afiq Yusof kecewa dengan pihak pengurusan gelanggang yang mengenakan bayaran tersebut tanpa mengambil kira kesusahan ramai.

“Kami mempunyai ahli seramai 20 orang tidak menyangka sejak 2 bulan lalu ia dibina, mengapa dikenakan bayaran,” jelasnya lagi.

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. cepet
    April 9, 2013 at 3:46 pm

    apa arrr…..ana pun main futsal gak. kalu main tak nak bayar mcm mana nak uruskan maintanance court futsal tu? nak bayar karen, air? Kalu main tak nak bayar, main le waktu siang bang oii….freee.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: