Utama > Uncategorized > Mohon jalan, penduduk tagih janji

Mohon jalan, penduduk tagih janji


image

PONTIAN – Para penduduk Tampok Darat dekat sini menagih janji berhubung dengan pembinaan jalan alternatif antara Pekan Tampok ke Parit Betak seperti yang dijanjikan oleh pihak tertentu tidak ditunaikan.

Menurut Pengerusi Bertindak isu Kampung Tampok Darat, Mohd Amiruddin, pihaknya kesal apabila diberitahu kos pembinaan jambatan adalah berharga RM300.000 termasuk jalan.

Malangnya, hanya jambatan sahaja yang dibina sedangkan jalan yang dijanjikan dan dinantikan penduduk ibarat pungguk rindukan bulan.

“Kalau tengok struktur jambatan itu, saya rasa kosnya sekitar RM100.000. Katanya, peruntukan diberikan sebanyak RM300.000 termasuk jalan.

“Lihatlah keadaan sekarang. Jangankan jalan mahu diturap, tanah kasaran pun dia tak buat. Soalnya, di mana duit itu?.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zaihan Ahmad, 45, berkata, walaupun sudah lima bulan pembinaan jambatan itu dilakukan bagaimanapun perasaan curiga diatas ketahanan pembinaannya.

“Walaupun nampak baru, tapi di bahagian hujung goyang-goyang. Apabila lihat di tebing sungai bagaikan nak runtuh.

“Satu lagi, jambatan dia buat tapi jalan tak buat. Saya kira pembinaan ini seperti melepaskan batok di tangga,” katanya lagi bernada kesal.

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika dihubungi mengesahkan telah menerima aduan penduduk dan tindakan susulan akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: