Utama > Uncategorized > Sabotaj bendera PAS kini merebak ke Pontian

Sabotaj bendera PAS kini merebak ke Pontian


image

PONTIAN – Para penduduk di Parlimen ini telah dikejutkan dengan penemuan beberapa bendera PAS dan billboard diconteng lambang salib serta tulisan love Jesus.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Mumazaini Misri, penemuan itu berjaya dikesan di sekitar DUN Benut dan Pulai Sebatang yang melibatkan satu billboard milik penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood.

“Pada hari Rabu bersamaan 13 Februari jam 8 pagi saya telah dimaklumkan oleh petugas saya Ahmad b. Fuad bahawa banner tersebut telah dibuang dan papan tanda serta bendera yang tersebut di atas telah diconteng dan dirosakkan.

“Antaranya, Billboard Ungku Mohamad Noor Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang diconteng ‘Love Jesus’ dan bendera PAS diconteng dengan lambang salib,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian (IPD), dekat sini, semalam.

Dr Mumamazaini dilihat memasuki IPD itu pukul 5.55 petang dengan diiringi Dr Ungku Mohd Noor dan beberapa ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan.

Katanya lagi, pihaknya percaya bahawa perbuatan tidak bertamadun itu merupakan suatu jenis vandalisme dan pencerobohan serta kerosakan ke atas harta benda peribadi.

“Tujuan saya membuat laporan ini adalah bagi pihak Polis serta mana-mana pihak bertanggung jawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini.

“Laporan ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang tindakan lain, termasuklah dan tidak terhad kepada tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak aaya atau mana-mana pihak yang berhak untuk mengambil tindakan,” katanya lagi.

image

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: