Utama > Uncategorized > Sepanduk PAS pula dibakar

Sepanduk PAS pula dibakar


MERSING – Belumpun reda dengan isu sabotaj billbord dan bendera PAS yang diconteng salib di beberapa kawasan Parlimen Johor kini, siri provokasi mereka menular ke pantai timur negeri ini.

Terbaru, PAS kawasan Mersing terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab yang membakar sepanduk parti di Tanjung Genting, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada penduduk setempat sebelum bergegas ke lokasi terbabit.

“Saya mendapat maklumat sepanduk PAS di Tanjung Genting mengalami kebakaran kecil dan sempat dipadamkan penduduk setempat yang melihat kejadian.

“Selepas melihat kesan kebakaran itu, saya menjangkakan ia perbuatan pihak tidak bertanggungjawab dan berharap kejadian sebegini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris berkata, pihaknya juga kesal dengan kejadian tetsebut malah mendakwa kebakaran kecil itu berlaku kerana perbuatan khianat, selain tidak mengetahui tujuan sebenar ia dilakukan.

“Kita hanya ingin bertanding secara adil pada pilihan raya akan datang bukannya menjatuhkan satu sama lain menggunakan cara ini,” katanya lagi.

Idris berkata, pihaknya tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana kebakaran yang dialami kecil, tetapi jika ia berlarutan tindakan susulan akan dibuat.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: