Utama > Uncategorized > Bahang PRU di DUN Permas, PAS tidak gentar

Bahang PRU di DUN Permas, PAS tidak gentar


image

PASIR GUDANG – Dengan keyakinan yang tinggi di mana rakyat kini memihak kepada pembangkang, Syed Othman Syed Abdullah yang disebut-sebut akan dicalonkan PAS di DUN Permas dikatakan tidak gentar menghadapi bakal calon yang diketengahkan oleh BN.

Beliau yang kini merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas berkata, gelombang perubahan sudah lama dirasainya dan selama dua tahun bekerja memenangi hati rakyat sudah dipersiapkan guna menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Selain kaum Cina yang dilihat begitu ketara mahukan perubahan kata Syed Othman, ia turut diikuti masyarakat Melayu yang kebanyakannya kecewa dengan janji pemimpin BN.

“Kita tidak ada masalah kerana senario politik memang tidak ada sesiapa pun yang boleh jangka.

“Kita nampak mood rakyat sama ada Melayu, Cina dan India di sini sangat baik setakat ini untuk memberi sokongan kepada calon PR,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Othman berkata, masyarakat Cina memang ketara inginkan perubahan, begitu juga dengan orang Melayu terutama yang kecewa dengan isu tanah secara jelas cenderung bersama PR.

Menurutnya, PR akan terus membangkitkan isu kegagalan Menteri Besar menunaikan janji kepada penduduk setinggan sejak 1999 kerana penyelesaian melalui penyerahan Borang 5A belum cukup jaminan.

“Kalau betul hasrat MB hendak tunaikan janji memberi geran tanah kepada rakyat, kenapa perlu melalui proses yang terlalu lama sehingga berpuluh tahun.

“Kita tak cemburu, sebaliknya kita kasihan dengan nasib rakyat yang secara terang-terangan dibohongi dengan janji yang pasti tidak mampu ditunaikan oleh MB,” katanya lagi.

Menurutnya, rakyat Pasir Gudang yang kecewa disarankan untuk menukar kerajaan baru, bukan sahaja di Pasir Gudang, sebaliknya di negeri ini untuk melihat apa sebenarnya kerajaan baru boleh dilaksanakan.

“Kalau kita diberi mandat menawan Johor, kita akan bangkitkan di sidang Dun dan Parlimen untuk mengkaji balik macam mana tanah boleh terlepas kepada pihak ketiga.

“Rata-rata penduduk setinggan yang saya jumpa memang kecewa, kita harapkan mereka akan bersama kita pada PRU 13 nanti untuk membawa perubahan besar politik di negara ini,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: