Arkib

Archive for Mac 2013

GB didakwa berpolitik dalam sekolah

image

KULAIJAYA – Seorang guru besar sebuah sekolah agama Johor dekat sini didakwa cuba menerap politik kebencian terhadap para pelajar menyebabkan timbul rasa kurang senang dikalangan ibu bapa.

Menurut Mazlan Aliman, pihaknya sudah memberi kata nasihat sebagai tindakan awal bagaimanapun satu laporan Polia dibuat akibat  guru tersebut masih enggan memberhentikan aktivitinya.

“Beliau Gurubesar Sekolah Agama Felda Pasir Raja, Kulai. Bukan sekali beliau mengambil kesempatan menghentam dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semasa sesi pembelajaran.

“Telah pun ditegur sebelum ini, tetapi mengulanginya lagi. Adalah haknya menyokong dan mendokong Umno di luar waktu sekolah.

“Namun, beliau harus profesional. Ada murid yg ibu bapanya adalah penyokong PR.
“Sensitiviti semua pihak mesti dijaga.Laporan Polis dan Jabatan Agama telah dibuat,” jelasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:

Rakyat didahulukan?

KULAIJAYA – Tinjauan yang dilakukan rombongan yang diketuai Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat ke kawasan N50 DUN Bukit Permai setelah 55 tahun negara merdeka begitu memeranjatkan.

Pelbagai slogan membela rakyat diperkenalkan.bagaimanapun masih ada yang hidup merempat di tanah air sendiri.

“Pakcik Utuh hidup dlm serba kedaifan. Tanpa letrik dan air serta masak menggunakan dapur kayu.

“Mana perginya pejuang bangsa yg terpekik terlolong dgn slogan Hidup Melayu. Warga emas ini hidup seorang diri di Kg Melayu Sedenak.
“Inikah yg dikatakan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan?,” kata Mazlan lagi menerusi Facebooknya.

Kategori:Uncategorized Tag:

Replika kreatif tanda kemenangan makin hampir

Mac 30, 2013 1 komen

image

PARIT SULONG – Jikalau dalam tahun 90 an, gambar sebegini sudah menjadi trend buat pembina replika dalam kalangan ahli dan penyokong di Kelantan apabila Pilihan raya Umum (PRU) menjelang tiba.

Ada yang berbentuk jet, meriam, pintu gerbang, tugu dan pelbagai lagi rekaan yang unik sebagai usaha tarikan mahupun syiar kepada parti.

Kini, era sedemikian beralih ke Selatan tanah air memberi pelbagai mesej tersurat dan yang tersiraj.

Petanda yang UMNO mahu ‘bungkus’ dekat kubu kuat mereka boleh dijadikan satu penyebab idea sedemikian dilakukan. Hal ini memberi erti bahawa ahli dan penyokong semakin membesar.

Disamping itu, era kebangkitan tidak boleh lagi disekat dan UMNO harus akui yang pengaruh PAS semakin diterima baik oleh masyarkat manakala kemenangan itu terlalu hampir dan semakin dekat.

“Kipas PAS berpusing, membawa angin perubahan terhadap PRU ke 13 kali ini..lokasi : KAMPUNG PARIT PUASA, PARIT SULONG,BATU PAHAT,” kata pemilik sebuah laman Facebook di Parit Sulong.

Kategori:Uncategorized Tag:

Hi Tea bersama Suhaizan

image

PONTIAN – Majlis Hi tea bersama Ketua Dewan Pemuda Johor, Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Muslimat Johor, Hjh Atiah Ahmad di Simpang Parit Markom pada hari sabtu yang lalu.

“Diharap dapat memberi kefahaman dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di negara kita,” kata Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian dalam satu kenyataan ringkas.

image

Kategori:Uncategorized

Aktiviti Edaran di Tambak Pontian

image

PONTIAN – Program edaran risalah dan belon kepada kanak-kanak dilakukan dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun (MTD) Pulai Sebatang, DAP dan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian.

“Kami tak sangka program ini mendapat sambutan baik terutama dari masyarakat Cina yang mengejar kami untuk mendapatkan belon ” PAS For All”,” kata jurucakap DPPK Pontian dalam satu kenyataan yang di hantar kepada ibn bacoks.

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Markas baru, Umno kini ‘nyawa-nyawa ikan’

image

KULAIJAYA – Perkembangan politik negeri ini memang kecoh dengan pelbagai peristiwa dramatik petanda UMNO BN kini berada pada tahap ‘nyawa-nyawa ikan’.

Hal ini boleh dilihat dengan percambahan bilik gerakan mahupun markas Pakatan Rakyat didirikan di pelusuk Johor.

Kalau sebelum ini, ibn bacoks melaporkan PAS cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu kuat mereka.

Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti insiden ‘lakonan’ demontrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.

Terbaru, pelancaran Bilik Gerakan UPU Felda Pasir Raja (Dun Pasir Raja) malam ini meriah dengan kehadiran ramai anak muda Gen 2 dan 3 felda mampu mengubah wajah landskap politik negeri ini.

“Anak2 muda yg hadir bukan ahli PAS. Mereka mendapat kesedaran politik melalui informasi dari laman sosial dan media baru. Alhamdulillah, mood perubahan semakin ketara. MASA UNTUK UBAH,” kata Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dalam Facebooknya.

Kategori:Uncategorized Tag:

Hari Polis, moga jadi contoh kepada rakyat – Khalim

PARIT RAJA – Banyak pihak menyatakan harapan yang tinggi sempena dengan sambutan menyambut Hari Polis ke 206 semalam.

Bagi Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Raja, Noor Khalim Sakib berkata, pihaknya optimis dengan kematangan usia yang dilalui pasukan keselamatan negara diharap mampu menterjemah tauladan baik buat seluruh rakyat dalam negara ini.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YG KE 206.
Dengan usia yang begitu matang, semoga PDRM terus menjadi ‘payung’ kepada rakyat, semoga anggota PDRM juga adalah contoh terbaik kpd seluruh rakyat Malaysia didalam menegakkan keadilan dan keharmonian serta keamanan bernegara.

“Ketaqwaan yang kukuh adalah simbol kepada kekuatan PDRM… ALLAH .. MUHAMMAD,” kata Khalim lagi menerusi laman rasmi Facebooknya.

Kategori:Uncategorized Tag: