Utama > Uncategorized > Istilah Jawa diberi penghormatan pada program Jelajah Merdeka

Istilah Jawa diberi penghormatan pada program Jelajah Merdeka


image

BATU PAHAT – Perkataan ‘Waras’ cukup popular apabila khalayak diperdengarkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sekaligus memberi penghormatan kepada masyarakat Jawa di Johor termasuklah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.

Gara-gara sebuah banner yang digantung di Pekan Rengit tertera ‘Pak Anwar Tak Waras’ itu, telah diucap berulang kali, dipercayai ungkapan itu menggambarkan pelakunya seolah-olah turut mengalu-alukan kedatangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR itu yang disekat sebelumnya.

Ungkapan itu dirakam pada program Jelajah Merdeka Rakyat di pekarangan Pusat Tarbiyyah PAS Batu Pahat, Kampung Sungai Tongkang Rengit, dekat sini.

Turut berucap, Yb Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Datuk Ariff Sabri, Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Dr Chua Jui Meng, Pengerusi PKR negeri, Syed Hamid Ali, Ketua Cabang PKR Batu Pahat

Sebagaimana kata Imam Kailani, Yang Dipertua PAS Batu Pahat,Tragedi 2010 lepas menyaksikan kira-kira 300 anggota pasukan keselamatan menggempur pekarangan markas itu nyata melonjak keinginan khasnya masyarakat Jawa yang rata-rata orang tempatan untuk mendengar amanat menjadi kenyataan.

Pelik, tiada seorangpun yang didakwa bersabit kes bagaimanapun hanya sistem audio bernilai RM30,000 yang dirampasnya.

Semalam, sejarah mencatatkan hampir 10,000 rakyat rata-ratanya Jawa, Bugis dan Banjar serta tidak ketinggalan Cina mahupun India setia mendengar kupasan Anwar sehingga jam 12.35 malam.

Pastinya, masyarakat Jawa yang selama ini dianggap setia kepada UMNO sudah boleh menilai kebobrokan parti dan lonjakan yang inginkan perubahan meluap-luap tergambar di wajar hadirin malam tadi.

Uniknya, dengan kehadiran yang begitu ramai, fenomena ini berlaku nyata sedikit sebanyak men’cuak’kan UMNO khas Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Barisan Nasional negeri yang sebelum ini bermati-matian mahu pertahankan beberapa kerusi ‘bermasalah’ buat mereka.

image

image

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: