Utama > Uncategorized > Selepas tampar, conteng salib kini bakar bendera pula

Selepas tampar, conteng salib kini bakar bendera pula


image

PONTIAN – Selepas dikejutkan dengan insiden tampar kepada petugas PAS ketika memasang bendera di persimpangan Parit Madirono, Benut dekat sini, akhir bulan Januari lepas, kini ia merebak kepada contengan Salib di bendera dan Billboard.

Walaupun, satu laporan Polis telah dibuat berhubung dengan dua insiden ini bagaimanapun ia tidak membawa kepada sebarang penyelesaian apabila satu lagi siri sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggung jawab.

Ibn Bacoks difahamkan, beberapa helai bendera telah dibakar dan dipancung telah dikesan sekitar Pejabat Pos hingga ke Kampung Sepah Beruang.

Malah, perbuatan itu dianggap keterlaluan apabila cebisan bendera yang dibakar sengaja diletakkan di hadapan rumah petugas PAS.

” Tindakan ini nyata ingin melakukan provokasi dan ia boleh mencetuskan pergaduhan jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan,” kata Zainubzabha, Setiausaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya lagi, insiden ini sengaja dilakukan dipercayai berasa bimbang dengan perkembangan gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) khasnya PAS yang semakin diterima masyarakat.

“Mereka sebenarnya gerun dengan gerak kerja kami sejak 3 tahun lalu yang tidak henti-henti mendekati pengundi dengan pelbagai pendekatan.

“Malah, kami melihat dengan ribuan pacakan bendera BN begitu agresif  sepanjang jalan Batu Pahat ke Pontian nyata menggambarkan kegusaran mereka berada pada tahap  maksima, wal hal di tempat lain tidak ketara seperti di Pontian ini.

Sehubungan itu, pihak polis diminta menyiasat kes tersebut dan dapat membawa pelaku ke muka pengadilan.

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. abdwahid
    Mac 5, 2013 at 12:18 am

    Orang kalau dah gabrah berok memang cam tu gaya nya…Berok kalau naik minyak kan macam tu peten dia…biarkan aje, nanti dia kan terberak berak sendiri kepenatan!!!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: