Utama > Uncategorized > Isu protes tanah: UMNO didakwa bersandiwara

Isu protes tanah: UMNO didakwa bersandiwara


image

JOHOR BAHRU – Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak senang duduk apabila pendedahan demi pendedahan berhubung isu tanah dibangkitkan oleh rakyat.

Terbaru, Seramai 272 penduduk dari empat kampung di Gelang Patah desak kerajaan negeri serah baki pampasan Felcra Tebing Runtuh.

Manakala seramai 55 penduduk dari tiga kampung di Segamat dakwa hak mereka sebagai pemilik tanah dinafikan seperti laporan Sinar Harian 12 Mac 2013.

UMNO-BN negeri dikatakan akan menghadapi laluan sukar jik gagal selesaikan isu tanah yang berlambakan.

Sementara itu, pekung mula terdedah seperti dakwaan isu tanah setinggan yang ingin diselesaikan UMNO di Pasir Gudang hanya sandiwara menjelang  Pilihan raya Umum (PRU) 13.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, Syed Othman Syed Abdullah, kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Abd. Ghani Othman dilihat begitu terdesak dan terhimpit dengan isu setinggan ketika di pusingan akhir persediaan menhadapi PRU.

Katanya, penduduk di Kampung Rumah 10, Kampung Seri Bahagia, Jalan Jasa Kampung Plentong dan Kampung Plentong Baru hanya diberikan Sijil Kelayakan Menduduki Tapak Rumah yang hanya ditandatangani oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Kalau betul nak bagi geran tanah kepada penduduk, kenapa tak terus bagi sekarang dan perlu tunggu pertengahan tahun ini?

“Lebih 10 tahun penduduk menunggu, rasanya kerajaan negeri sudah mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan perkara ini.

“Kita pertikaikan pemberian Sijil Menduduki Tapak Rumah yang ditandatangani oleh UPEN, kenapa MB atau pihak pejabat tanah tak turunkan tandatangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau yang juga AJK Badan  Perhubungan PAS Johor meminta rakyat berhati-hati dengan sandiwara UMNO ini kerana jika geran yang dijanjikan pertengahan tahun ini tidak diberikan, mereka perlu menunggu lima tahun lagi untuk menukar kerajaan.

Malah berjanji sekiranya Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan Johor pada PRU 13, pihaknya bersedia mengkaji semula isu yang melibatkan tanah setinggan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: