Utama > Uncategorized > Jangan ngada-ngada

Jangan ngada-ngada


image

PONTIAN – “Jangan mengada-ngada,” demikian ungkapan petugas Majlis Daerah Pontian (MDP) Pontian terhadap para peniaga atas aduan berhubung masalah premis mereka yang terdedah kepada tempias hujan dan panas.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, deretan dari enam premis berkenaan termasuk sebuah Pondok Polis terpaksa menghadapi suasana yang tidak selesa. 

“Struktur bangunan yang menghadap gelincir matahari serta angin laut yang membawa hujan, yang mana ia di bina dengan terdedah, tiada penghadang bagi melindungi premis tersebut.

“Bagi peniaga, bahang dan panas kering menyebabkan bahan jualan mereka mudah lusuh,” katanya dalam satu kenyataan. 

Malangnya, kata Dr Ungku lagi, para peniaga amat bimbang akan diambil tindakan sekiranya mereka mendedahkan masalah itu kepada umum.

“Yang menyedihkan ada di antara peniaga di situ bimbang, pendedahan kepada kami akan menyebabkan tindakan di ambil terhadap mereka yang menyewa di situ.

“Oleh itu, saya beri jaminan kepada mereka, andainya berita ini yang akan dikeluarkan oleh akhbar Sinar menjejaskan mereka, pihak kami tifak akan teragak-agak membela mereka dan membesarkan isu ini,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: