Utama > Uncategorized > Himpunan Tanah ke 3 di Nusajaya?

Himpunan Tanah ke 3 di Nusajaya?


image

JOHOR BAHRU – Pakatan Pembangkang, khasnya PAS negeri menyatakan hasrat akan menganjurkan Himpunan Tanah kali ketiga di Pusat Pentadbiran negeri Nusajaya sekiranya diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri ini.

Menurut Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Himpunan Tanah kali pertama diadakan di Plaza Angsana tahun lepas merupakan susulan kepada himpunan hari ini.

“Hak-hak (pemilikan) yang gagal dibuat dapat dilaksanakan dengan jaminan dari konsep Negara Berkebajikan, dokumen PAS dan manifesto Pakatan Rakyat dari buku Jingga sebagai tawaran kepada rakyat.

“Saya difahamkan, orang asal pun datang hari ini sebab tidak puas hati berhubung aduan yang membelenggu kehidupan mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Himpunan Tanah Rakyat Johor dan Kenduri Rakyat di pekarangan Markas Majlis Tindakan Dun (MTD) Nusajaya, Taman Pulai Perdana, Skudai, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Tuan Guru Dato’ Hj Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang, Penasihat DAP, Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Dato’ Dr Mahfodz.Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Hassan Abd Karim, Naib Pengerusi PKR Johor, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Pada majlis yang sama, pelbagai permasalahan tanah dibangkitkan rakyat dengan dimulakan dengan Anis Afilda, Pengerusi NGO Pengerang lalu disusuli ucapan wakil-wakil bermasalah di seluruh negeri ini.

Mengulas lanjut, Mazlan mendakwa UMNO Johor gagal menyelesaikan isu tanah malah wujud kes-kes tertunggak hingga mencecah puluhan tahun.

“Johor negeri kritikal berdepan isu tanah. Isu milik contohnya (hingga mencecah) 40 tahun tapi gagal (ditangani kerajaan negeri) kerana karenah birokrasi yang gagal ditangani,” katanya di hadapan kira-kira seribu rakyat berbilang kaum.

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: