Utama > Uncategorized > UMNO Pengganas?

UMNO Pengganas?


image

JOHOR BAHRU – Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor mendakwa UMNO adalah ‘pengganas’ sebenar yang akan mencetuskan huru-hara berikutan beberapa tindakan provokasi terhadap pembangkang sebelum ini.

“Itulah tuduhan liar dan kita boleh nampak banyak tindakan keganasan terhadap Pakatan Rakyat (PR) dilakukan oleh UMNO sendiri.

“Saya sendiri telah diserang dan diancam beberapa kali ketika mengadakan ceramah, jadi siapa yang ganas dan bertindak mencetuskan huru-hara?” katanya yang dipetik Sinar Harian, 15 Mac lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa pembangkang dipercayai merancang menggagalkan Pilihan raya Umum (PRU) 13 dengan mewujudkan porak-peranda.

Sementara itu, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor menggesa Muhyiddin menyerahkan dokumen yang dikatakan rancangan menggagalkan PRU kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan lanjut diambil.

“Kalau betul ada dokumen, serahkan saja pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat. Jangan hanya bawa fitnah dan cakap saja tapi dia juga perlu bertindak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Mahfodz menyangkal dakwaan bahawa pembangkang mempunyai rancangan mencetuskan huru-hara dan menggagalkan PRU seperti didakwa dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas.

“Perkara itu takkan  berlaku sebab kita sudah beberapa kali hadapi PRU namun tidak pernah ada huru-hara apatah lagi dalam PRU kali ini kita amat yakin bahawa PR akan menang.

“Jadi kenapa perlu kita nak gagalkan PRU jika PR punyai peluang tinggi untuk menang, mungkin dia (BN) yang akan buat huru-hara sebab biasanya hanya orang yang kalah akan buat begitu,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: