Utama > Uncategorized > PAR santuni mangsa jatuh pokok

PAR santuni mangsa jatuh pokok


image

PASIR GUDANG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Abdullah bersama setiausahanya Abusiraj Almuner serta AJK cawangan PAS Permas Nordin Anis telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Bohari bin Rashid 58 tahun di rumahnya dekat sini, semalam.

Menurut Abu Siraj,  Bohari yang lebih dikenali sebagai Abang Bob telah mengalami kecederaan teruk di seluruh anggota akibat terjatuh dari pokok manggis setinggi 28 kaki.

“Abang Bob yang juga bekas rakan sekerja Syed Othman satu ketika dahulu kini sudah bersara.

“Selepas bersara itu beliau balik ke kampung di Negeri Sembilan dan menjaga kebun buah-buahan ditanah pusaka keluarga beliau.

“Akibat dari kemalangan tersebut beliau patah tangan,tulang rusuk dan pengelangan peha dan telah melalui beberapa pembedahan untuk memasukkan besi ditangan,tulang rusuk dan pengelangan peha.

“PAR Permas amat simpati dengan apa yang berlaku keatas abg bob apatah lagi beliau masih mempunyai anak yang masih bersekolah untuk ditanggung.

“Atas dasar perihatin sebagai saudara seislam PAR permas menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh abg Bob,” katanya lagi dalam satu kenyataan yang di hantar kepada ibn bacoks semalam.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: