Utama > Uncategorized > PAR terima aduan pengusaha Zoo

PAR terima aduan pengusaha Zoo


image

JOHOR BAHRU – Akibat tidak dibenarkan melawat ke semua haiwan yang dirampas oleh pihak berkuasa, seorang pengusaha Zoo bertindak membuat aduan dekat Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kempas, Suhaizan Kaiat.

Pemilik Zoo Saleng, Kulaijaya, Chap Yip Seep mendakwa, sejumlah 33 ekor harimau dan 10 singa telah dirampas sejak lesennya dibekukan pada Jun dua tahun lalu dan dikhabarnya ia kini berada di Zoo Melaka, Zoo Negara dan Zoo Taiping.

Katanya, pada 2009, permit operasi Zoo miliknya telah dibekukan bagaimanapun dibenarkan beroperasi sebelum ia diluluskan selain diminta untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian terhadap sangkar yang menenpatkab singa dan harimau miliknya.

“Sejak beroperasi pada tahun 1996, kita mempunyai kira-kira 70 spesis haiwan seperti Arapaima, buaya, harimau, singa dan turut mencatatkan sejarah apabila seekor buaya anak beruang dilahirkan di Zoo ini.

“Setakat ini, saya telah melabur hampir RM20 juta untuk tujuan operasi zoo berkenaan yang mempunyai keluasan kira-kira 4 hektar.

“Walaupun permohonan kami dibekukan namun kerja-kerja pengubahsuaian masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat memberikan penjelasan mengapa permohonan untuk memperbaharui lesen ditolak.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: