Utama > Uncategorized > Pertahankan negara tapi bukannya UMNO

Pertahankan negara tapi bukannya UMNO


image

PONTIAN – Adalah menjadi suatu perkara yang pelik apabila seorang Perdana Menteri diberi kuasa menentukan tarikh Pilihan raya Umum (PRU) hingga rakyat menjadi mangsa percaturannya, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

“Tidakkah beliau terfikir dengan tidak memasukkan tarikh PRU dalam PELAN DAN JADUAL TAHUNAN KERJA boleh menyusahkan ramai pihak untuk membuat pelbagai perancangan persendirian.

“Perdana Menteri Australia, seorang wanita, sejak bulan Februari lalu telah mengisytiharkan PRU negara akan di adakan pada September akan datang. Tujuan untuk semua pihak buat persiapan awal serta merancang jadual aktiviti masing-masing.

“Apakah Negara ini milik mutlak beliau? Adakah hanya cakapnya sahaja yang mesti dipatuhi? Sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara milik rakyat jelata yang sewajarnya berhak campur tangan dan mendapat maklum balas secara telus dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Dr ungku berkata lagi, inilah antara kelemahan pemerintah UMNO BN era Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Menurutnya, dahulu mereka memperlekeh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 12 dengan kejatuhan lima buah negeri serta menafikan majoriti 2/3 Parlimen.

“Kini seluruh negara rakyat bangkit untuk menamatkan riwayat pemerintahan UMNO BN di bumi Malaysia tercinta.

“Mahathir pula cuba merangsang minda dengan berkata, Setiap warga Malaysia mesti pertahankan Negara.

“Kita setuju pertahankan negara tetapi bukan pertahankan UMNO BN dari terus berkuasa. Cukup! Cukup sudah!” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Amik Kau
    Mei 18, 2013 at 6:05 am

    UMNO adalah rakyat… PRU-12 dah tentu pihak pembangkang menang dengan kejatuhan Tun Abdullah Badawi… Korang melonjak suka sebab kemenangan pertama korang menjatuhkan kedudukan UMNO… PRU-13.. kenapa korang tak pertahankan kemenangan korang? Sebab rakyat percaya dengan UMNO… Rakyat tak bodoh… yang bodoh kamu…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: