Arkib

Archive for April 2013

Undi protes kepada calon BN bakal berlaku

April 30, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Calon BN Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad bakal menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan kerusinya kerana berdepan dengan undi protes daripada para penyokongnya sendiri.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Bachok Welang, pihaknya berjaya mengesan sebilangan penyokong BN yang terdiri daripada anak muda mula beralih arah di beberapa Unit Peti Undi dalam DUN ini.

“Ada beberapa kawasan anak muda bertemu kami meminta poster dan bendera. Apabila ditanya mengapa, sedangkan mereka penyokong tegar BN. Mereka kata, telah ditipu dan calon BN jarang turun padang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis BBQ dan Tayangan Pacak di Pusat Rekreasi Tampok, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian dan Firdaus Jaafar, Setiausaha Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, beliau menambah lagi, petanda sokongan kepada  UMNO-BN semakin terhakis boleh dilihat kepada penganjuran program seumpama itu.

“Jika sebelum ini, PAS tidak pernah mengadakan sebarang program dalam kampung ini bagaimanapun malam ini, alhamdulillah ramai pengunjung terdiri daripada orang tempatan khasnya anak-anak muda. Ini menunjukkan PAS sudah tidak asing buat mereka,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:

Aktiviti turun padang digiatkan

April 29, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, calon PAS DUN Pulai Sebatang dilihat begitu aktif dengan turun padangnya bagi mendekati seberapa ramai rakyat di Dun ini.

Malah aktiviti sedemikian dilipat gandakan menjelang pembuangan undi 5 Mei akan datang.

“Saya bertanya khabar sebuah keluarga berasal dari Malaysia Timur , lebih 10 tahun di Pontian , suami nya bekerja sebagai nelayan . Menambah pendapatan dengan berniaga kuih muih di simpang jalan masuk Jalan Pt.Semerah , Pontian . 

“Terharu melihat nasib mereka yang terus bertungkus lumus berusaha bagi memenuhi keperluan hidup seharian .Semoga Allah SWT terus menjadikan aku seorang insan yang peka dan tinggi sensitiviti terhadap makhluk nya yang lemah di atas muka bumi ini,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Penduduk bengang jalan diturap separuh

April 28, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Para penduduk di Kampung Pekan Tampok dekat sini bengang apabila pihak yang bertanggungjawab hanya menurap separuh sahaja pada jalan alternatif ke Parit Betak bersebelahan sungai Tampok.

Menurut seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Lee Motor, kira-kira sebulan lalu jalan tersebut telah diturap sepanjang satu kilometer bagaimanapun ia mendatangkan kesulitan apabila hampir beberapa meter ditinggalkan.

“Jalan ini banyak lori sawit keluar masuk hingga ke Jambatan baru Tampok Darat. Tempat yang dia tidak turap mengalami kerosakan teruk hingga berlubang, panjangnya sesaki.

“Kami berterima kasih kerana sudah diturap tapi bagaimana pula yang selebihnya. Kami bimbang, mungkin ada yang terjatuh dan boleh mendatangkan kecederaan bila lalu jalan yang berlubang,” katanya kepada media semalam.

Dalam pada itu, calon PAS Benut, Raden Sarobo Ponoh mengesahkan menerima aduan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil.

Menurut Raden lagi, pihaknya mempersoalkan tindakan pihak berkenaan yang yang melaksanakan projek itu ketika saat menjelangnya Pilihan raya Umum (PRU) sedangkan aduan terbabit sudah dikemukakannya sejak tiga tahun lalu.

“Walaubagaimanapun, kami berharap penduduk bersabar. Isu ini akan kita bawa ke peringkat lebih tinggi lagi supaya ada penyelesaian,” katanya lagi.

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Pontian cipta sejarah, 10k hadiri ceramah

April 27, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – “Sebelum jam lapan malam lagi hampir 5000 sudah membanjiri tempat ceramah,” lapor satu mesej yang Ibn bacoks terima.

Sementara itu, Admin Facebook Saiful Amri turut melaporkan, lautan manusia melimpah di sekitar Pusat Perdagangan Pontian dekat sini,  semalam bagi mengikuti ceramah perdana daripada Lim Kit Siang dab Salahuddin Ayub.

” Terkini – Ceramah Pakatan Rakyat Parlimen Pontian & Parlimen Tangjung Piai di hadiri lebih 10Ribu Rakyat sebentar tadi.

“Menampilkan Lim Kit Siang dan Tuan Haji Salahudin Ayob sebagai penceramah utama. Sejarah tercipta kehadiran teramai selepas pembubaran Parlimen dan Kutipan derma Jihad untuk dana PRU 13 sebanyak Rm31 ribu di perolehi.Ini Kali Lah…Takbir!!!.” katanya lagi.

image

Kategori:Uncategorized Tag:

80 % pengundi Cina Benut sokong PAS

April 26, 2013 3 comments

PONTIAN – Calon PAS Benut, Raden Sarobo Ponoh bakal memperolehi kira-kira 80% sokongan daripada kaum Tionghua bersandarkan penglibatannya yang aktif menyantuni masyarakat itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Anda pula bagaimana? Jom ubah !. Bertemu masyarakat cina di Pekan Benut, Rata-rata masyarakat cina mahukan perubahan. Ungkapan yang paling kerap mereka katakan ” ini kali kasi Ubah”. Ini Kalililah, Kita Ubah” kata Admin Facebook Mtd Pas Benut dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Masih ada lagi jalan tanah merah!

April 25, 2013 Tinggalkan komen

image

KULAIJAYA -“Inilah keadaan jalan yang menghubungkan antara Ladang Sedenak dengan Kampung Murni Jaya dalam Dun Bukit Permai,” demikian jelas Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Menurutnya, jalan tanah merah ini digunakan lebih kurang 1,000 orang penduduk Ladang Sedenak, Kampung Murni Jaya dan sekitarnya.

“Berpuluh tahun penduduk mohon jalan tar, jawapannya tetap mengecewakan. Antara alasannya, ia jalan persendirian di bawah pengurusan ladang. Alangkah baiknya, jika jalan yang tidak sampai 10 km ini di tar. Ia memberi keselesaan kepada pengguna dan mempercepatkan perjalanan.

“Pengguna ke Pekan Layang-layang pun lebih dekat, tanpa ikut jalan jauh. Silih berganti wakil rakyat. Keadaannya tetap sama ‘jalan tanah merah!’,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Pembangkang datang bermusim : kata Hasni disanggah

April 24, 2013 1 komen

image

PONTIAN – PAS Benut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ir Hasni Mohammad, calon Barisan Nasional DUN Benut pada 23 April lepas di Sinar Harian yang menyatakan kelibat pembangkang hanya didakwa muncul setiap kali musim pilihan raya.

Menurut Setiausahanya, Zainubzabha Baharom, Hasni tidak wajar mengeluarkan kenyataan itu kerana rakyat di DUN ini sudah begitu arif dengan sikap ‘liat’ bekas ADUN itu turun padang.

“Kami sudah bekerja hampir empat tahun menyelami denyut nadi rakyat. Kami mempunyai track rekod tersendiri. Lebih 30 laporan gerak kerja dimuatkan di akhbar dan ratusan laporannya di internet. Lebih 50 aduan rakyat yang diterima. Ratusan urusan sumbangan kebajikan. Beberapa aktiviti gotong royong bagi menyempurnakan projek terbengkalai.

“Yang terbaru, kami berjaya menyempurnakan membaiki rumah bernilai RM3000 seorang ibu tunggal di Parit Mansor yang dijanjikan oleh pihak berkenaan bagaimanapun janji tinggal janji. Atas rasa keprihatinan, kami berjaya mengumpulkan RM10,000 dan membaiki rumah secara bergotong royong dan siap hanya seminggu. Kami buktikan dan boleh dilihat laporannya di media.

“Kami cabar beliau supaya dapat keluarkan seberapa banyak keratan akhbar dan laporan aktiviti beliau turun padang sepanjang bergelar ADUN Benut sebelum ini. Justeru, cermin diri sebelum berkata-kata,” katanya ketika dihubungi.

Kategori:Uncategorized Tag: