Utama > Uncategorized > Masih ada insan berkongsi air dengan jiran di Johor

Masih ada insan berkongsi air dengan jiran di Johor


image

PONTIAN – Seorang penerima bantuan projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berdepan dengan kehidupan yang sukar apabila air yang menjadi kegunaan harian tidak dibekalkan.

Maman Ubek, 46, berkata, selepas penyerahan kunci rumah kepadanya tiga tahun lepas, dia terkejut apabila dimaklumkan selain air, elektrik turut tidak dibekalkan.

“Bagaimanapun, selepas setahun baru dapat elektrik. Sekarang pula, saya terpaksa menumpang menggunakan air di rumah jiran. Sudahlah siling tidak diberi, dinding rumahpun dibuat dari kayu. Bila tengahari sahaja memang terlalu bahang. Saya terpaksa berteduh di pondok lama di belakang rumah,” katanya lagi ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan PAS DUN Benut di rumahnya Kg Wak Jalal, Sanglang, dekat sini.

Hadir sama, Ustaz Mohammad Nazar, Naib Ketua Pemuda PAS Pontian, Zakaria, Ketua Pemuda PAS cawangan Sanglang.

Maman berkata lagi, selain mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250 sebulan, pendapatannya kira-kira RM300 hanyalah mengambil upah kerja kebun bagi menyara seorang isteri dan dua orang anak.

“Isteri saya tidak bekerja. Anak yang sulung tingkatan satu manakala yang kedua di darjah empat kelas pendidikan Khas.

“Malah saya terpaksa hadapi satu lagi masalah besar iaitu apabila hujan turun, rumah ini kerap kali dinaiki air setinggi paras lutut,” katanya lagi.

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan ini dan tindakan susulan akan dibuat.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: