Utama > Uncategorized > Sekitar ceramah bersama Datuk Fauzi

Sekitar ceramah bersama Datuk Fauzi


image

KULAIJAYA – Ceramah sulung selepas Parlimen dibubarkan telah berlangsung di Dataran Pasar Lambak, Felda Bukit Besar, dekat sini, semalam, kata Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor. Hadir sama Dato’ Fauzi Shaari, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. “Dalam ucapan saya, 3 perkara penting ditekankan. Yang pertama, semua pihak hendaklah matang dlm persaingan kempen PRU 13. Elak ketegangan dan hormati hak masing2. “Polis mesti menjadi orang tengah yg berlaku adil kpd semua parti politik. Jangan kompromi kpd elemen provokasi oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab. PAS akan pertingkat peranan taskforce keselamatan yg akan diketuai oleh bekas anggota tentera. “Samseng jalanan dan budak bawah umur yg diperalatkan bagi mengganggu kelancaran pilihanraya akan ditahan dan diserah di mana2 Balai Polis berdekatan!Yang kedua, isu Felda. “Penegasan terhadap semakan hutang peneroka akan dilakukan dalam tempoh 100 hari pemerintahan baru PR. Keyakinan kita, hutang peneroka sedia ada adalah tidak munasabah. “Hanya hutang sara hidup dan pinjaman perumahan serta persendirian sahaja yg wajar dikekalkan. Manakala potongan lain termasuk interest 6.25% bakal dihapuskan. Bebanan peneroka dapat dikurangkan. “Yang ketiga, skim perumahan Gen 2 dan 3 yg sedang dibangunkan, akan diteruskan dengan mekanisme baru yg lebih efektif. “Kerajaan Pusat melalui SPNB atau agensi membangunkan Bumiputera seperti MARA, PNB, UDA; bahkan Koperasi Permodalan Felda(KPF), mesti berganding bahu untuk kerjasama strategik bagi mempastikan kuantiti unit rumah dapat diperbanyakkan dari jumlah sedia ada. “Kerenah birokrasi yg melambatkan proses pembinaan rumah mesti diatasi.Apa yang paling utama, jaminan bahawa kedudukan hak istimewa orang melayu kekal terpelihara, Islam sebagai Agama Resmi, Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa Kebangsaan dan kedaulatan Raja Berperlembagaan tetap dipertahankan. “Sekaligus menolak fitnah kononnya Malaysia akan jadi Republik yang meletakkan Kristian sebagai Agama Resmi.  “Propaganda karut, tidak masuk aqal akan dijelaskan kpd pengundi melayu, bahwa nasib orang melayu akan lebih terbela bersama PR. “Yang hilang kuasa, projek dan kepentingan hanyalah pimpinan Umno sahaja. Rakyat akan lebih selesa dengan janji manifesto PR seperti pendidikan percuma, turun harga minyak, turun harga kereta, hapus tol lebuhraya dll.Beri kami peluang, Undi Pakatan Rakyat,” katanya lagi menerusi Facebook.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: