Utama > Uncategorized > Rumah pangsa Pt Masjid semarakkan aktiviti bersama PAR

Rumah pangsa Pt Masjid semarakkan aktiviti bersama PAR


image

PONTIAN – Para penduduk rumah Pangsa Jalan Parit Mesjid dekat sini telah memanfaatkan ruang blok yang telah diusahakan binaanya oleh Pusat Aduan Rakyat (PAR) bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti mereka.

Menurut penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, pihaknya dimaklumkan yang bangunan itu masih dalam proses pembinaan bagaimanapun telah digunakan berikutan tempat sebelum ini kurang sesuai untuk dijadikan ruang pertemuan.

“Lazimnya mereka mengadakan bacaan Yassin dan tahlil di bawah khemah. Oleh kerana ditempiasi hujan, mereka berpindah ke ruangan ini.

“Saya sempat bersama mereka pada majlis malam tadi. Ternyata mereka amat gembira kerana telah berpuluh tahun menunggu tempat yang selesa untuk menjalankan aktiviti.

Katanya lagi, pelbagai usaha dilakukan bagi meneruskan niat penduduk seperti melakukan permohonan kepada pihak berkaitan bagaimanapun tiada jawapan yang menyenangkan diterima.

“Permohonan demi permohonan kepada pihak berkaitan namun terus terpinggir (tidak diambil perhatian)

“PAR Pulai Sebatang masih mengharapkan sumbangan orang ramai bagi melengkapkan pembinaan ruang pejabat dan aktiviti rumah pangsa ini.

“Selain digunakan untuk solat berjemaah, ruang ini juga boleh digunakan untuk menempatkan menguruskan jenazah, kata mereka,” ujar Dr Ungku lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: