Utama > Uncategorized > Keperibadian Tok Guru tarik minat pelakon sertai PAS

Keperibadian Tok Guru tarik minat pelakon sertai PAS


image

PONTIAN – Pelakon terkenal, Abu Bakar Omar, 64, mengakui tertarik dengan keperibadian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abd. Aziz Nik Mat sehingga tergerak hati ingin menggabungkan diri dalam gerakan Islam PAS.

Selain itu, menurut selebriti yang pernah meraih anugerah Skrin 2012 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, faktor usia dan kesihatan telah mendorongnya beralih ‘kapal’ memandangkan rasa tanggungjawab untuk mewariskan sesuatu yang berharga buat anak-cucunya kelak.

“Saya ayah kepada 4 orang anak. Bapa mertua kepada tiga orang menantu. Ada tujuh orang cucu. Memperlihatkan umur dan tahap kesihatan, maka saya perlu buat perkara yang betul dan berkeyakinan.

“Kepada siapa saya nak mewariskan masa depan anak dan cucu saya. Nak jadi apa kalau saya silap (mencaturkan) waris(an),” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis Hi Tea bersamanya di pekarangan Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Noor Saiful Amri A Suloh, Ketua Solidariti Anak Muda (SAMM) cabang Pontian.

Mengulas lanjut, perbandingan antara Mursyidul Am  PAS dengan UMNO cukup ketara ekoran Menteri Besar Kelantan mempunyai sifat kesederhanaan dan tidak suka menonjol diri.

Sebaliknya, pemimpin UMNO lebih cenderung katanya mengumpulkan kuasa, harta dan mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam pentadbiran.

Anak kelahiran Alor Setar yang mana kampungnya bersebelahan dengan tempat asal usul Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bekas Perdana Menteri itu merupakan individu yang bertanggung jawab mengharamkan UMNO.

Kini katanya lagi, UMNO Baru yang lahir pada 1988 begitu cenderung kepada kerakusan kuasa yang menyebabkan rakyat negara ini diperbodohkan oleh mereka.

“UMNO 88 inilah yang nak kita lawan. Pimpinan UMNO lag yang berusaha memperbodohkan kita. Mereka fikir rakyat boleh diperbodohkan,” jelasnya lagi.

image

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. ambok lalak
    April 20, 2013 at 2:27 pm

    Haha…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: