Arkib

Archive for Mei 2013

Apa rahsia kekuatan PAS?

KULAIJAYA – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor berkata rahsia kekuatan PAS sebagai gerakan Islam terkemuka dalam negara kerana proses tarbiyahnya.

Katanya lagi, pelbagai cabaran ditempuhi parti Islam itu hasil daripada pembelajaran yang diterjemahkan berkat kesabaran, ketenangan dan kematangan.

“Suasana ceria dan meriah selepas usrah malam ini di rumah sdr Minhat, Felda Bkt Besar.

“Kelihatan bekas Calon PAS Dun Pasir Raja, Left Kol(B) Hj Nazari Mokhtar dan isterinya, Pn Hajah Nazirah sibuk mengagihkan cenderahati kepada ahli usrah yang hadir.PRU 13 sudah selesai.

“Kuliah, Usrah, Tamrin dan program pentarbiahan mesti diteruskan. Inilah rahsia kekuatan PAS yang membezakannya dgn parti lain.

“PAS bukan sahaja parti politik, tetapi juga Gerakan Islam yg mengutamakan ilmu dan tarbiyyah. 

“Apa jua cabaran dapat ditempuh dengan tenang, matang dan penuh sabar.Alhamdulillah,” katanya dalan

Kategori:Uncategorized Tag:

Selesaikah isu sampah di Johor?

FB Aminolhuda Bin Hassan (ADUN Parit Yaani)

“Lawatan ke pasar tongkang pecah pagi tadi. Meninjau sampah yang di buang tiada tong besar. Pekerja SWM menyatakan lori baru tapi tong lama maka tong lama tidak boleh digunakan. Lori sampah datang setiap hari,”

FB Ungku Mohd Noor Mahmood (PAR Pulai Sebatang)

“Lawatan ke tapak pembuangan sampah bersama wakil penduduk Kg. Pt. Sikom, Air Baloi petang semalam. Kami telah mendedahkan permasalahan ini sebelum PRU lalu.

“Kini hanya tindakan meratakan tapak tanah sahaya yang telah dilakukan menjelang hari kempen . Penduduk bimbang tindakan tersebut hanya sekadar untuk memancing undi, setelah tiada usaha berterusan yang di lakukan oleh pihak berkuasa selepas PRU 5hb Mei lalu,”

Kategori:Uncategorized Tag:

Mukhriz nak ikut jejak bapanya

wpid-DSC03100-1.jpg
PONTIAN – Tindakan Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah tidak membenarkan Perhimpunan ‘Blackout 505’ 505 untuk diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti didakwa sedang berlatih mengikut jejak bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan UMNO BN Negeri Kedah tidak akan membenarkan perhimpunan PR di negeri itu, sebagaimana yang telah berlangsung dengan aman di beberapa buah negeri sebelum ini.

“Mungkin Mukhriz nak uji kekuatan kuasanya selaku MB , ketua kerajaan negeri Kedah, disamping sedang berlatih ke arah mengikuti jejak langkah bapa nya Mahathir ketika berkuasa dulu.

“Sama-sama lah kita saksikan pertembungan antara kuasa rakyat dengan kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

Kategori:Uncategorized Tag:

Buat laporan Polis kalau PBT enggan bekerjasama

BATU PAHAT – “Buatlah laporan Polis,” demikian cadangan Dr Ungku  Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang kepada semua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) jika permohonan untuk menggunakan harta awam di kawasannya ditolak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain bertujuan supaya rakyat mengetahui sikap tidak profesional PBT terbabit ketika menjalankan tugas kata Dr Ungku lagi.

Malah, ia dilakukan agar penganjur tidak dipersalahkan umum kerana menganjurkan sesuatu program di tempat yang tidak sesuai.

“Seterusnya jangan di persalahkan jika YB tuan/puan terpaksa mengadakan majlis di lokasi yang tidak sesuai  atau boleh dikaji sejauh mana boleh mengheret mereka ke muka pengadilan .

“Tindakan tidak bertamadun dan tidak menghormati rakyat sebagai pemilih yang wajib mendapat hak mereka di sebuah negara Demokerasi mesti di perangi habis-habisan.

“Semoga akan lahirlah sebuah negara yang rakyatnya hidup BEBAS DAN MERDEKA TANPA UMNO BN,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan ibn bacoks semalam yang berbunyi salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Kategori:Uncategorized Tag:

PBT ditegur kerana tidak profesional

image

BATU PAHAT – Salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat wajar menghormati keputusan penduduk bandar Penggaram dan Batu Pahat yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 lalu.

“Dengan tidak membenarkan penggunaan Dewan Jubli Intan dan Dataran Penggaram bagi tujuan Majlis Keraian PR menunjukkan sikap tidak profesional mereka.

“Selangor, Kelantan, Pulau Pinang walaupun dikuasai PR, tidak pernah bersikap sedemikian terhadap program BN.

“Nak tanya semua harta itu milik rakyat atau milik MPBP atau milik UMNO BN? Mana slogan Rakyat Di dahulukan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

UMNO jangan cemburu

PARIT YAANI – Para pemimpin UMNO-BN diingatkan agar tidak cemburu dengan perkembangan golongan kaum Tionghua yang begitu mesra dengan PAS.

Hal ini kerana, kata Yb Aminohuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani, pendekatan dan penampilan para pemimpin dan penyokong PAS amat berbeza dengan para pemimpin UMNO-BN.

“Sokongan kepada PAS dari kalangan pemuda Cina Johor amat ketara. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

“Mereka telah jumpa bahawa pemimpin Melayu yg paling telus, amanah dan bersikap terbuka ada dalam PAS IAITU TUAN GURU DATO SETIA NIK ABDUL AZIZ Nik Mat. 23 tahun mentadbir Kelantan tiada seorg pun wakil rakyatnya yang didakwa rasuah, pecah amanah atau salah guna kuasa.

“Inilah sebabnya kaum lain kagum kepada piminan PAS. Janganlah UMNO cemburu dengan kepercayaan orang lain kapada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Memorandum penduduk akan dipanjangkan

Mei 18, 2013 1 komen

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang akan bersama Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa sedang menyiapkan memorandum untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin  setelah pelbagai tuntutan mereka selama ini tidak di layan.

Penyelianya, Dr Ungku.Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, sepanjang penggal yang lalu ‘muka’ wakil rakyat Barisan Nasional tiada kelihatan.

“Kami akan arahkan warga Tionghua di Pt. Sikom lakukan yg sama terutama ketiadaan kawasan khas pelupusan sampah di samping pekan Pt.Sikom yg gagal di selenggara .

“Biasalah sikap BN, dah berlaku sesuatu kejadian atau wabak penyakit, baru nak bertindak . Ini bukan ciri-ciri negara maju .

Sementara itu, Dr Ungku berkata, pihaknya turut bercadang mebubuhkan Majlis Tindakan Penduduk DUN Pulai Sebatang yang akan dianggotai oleh wakil setiap lokasi melibatkan semua kaum.

“Tujuan bersama memantau perkembangan dan masalah penduduk setempat yang gagal di beri perhatian oleh YB Datuk Tee Siew Kiong,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: