Utama > Uncategorized > Analisis awal – PAS Johor sumbang dua lagi kerusi DUN

Analisis awal – PAS Johor sumbang dua lagi kerusi DUN


image

WALAUPUN Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 kali ini, bagaimanapun mereka tidak boleh berbangga dengan kemenangannya.

Hal ini kerana Johor yang dinobatkan sebagai tiang seri UMNO  sudah mula tempang apabila bekas Menteri Besarnya tersungkur di muka pintu kota pentadbiran Nusajaya yang berada di Parlimen Gelang Patah.

Bagi PAS, Ibn bacoks melihat yang parti Islam ini sungguh unik dan dinamik apabila berjaya menyumbang dua lagi kerusi kepada PR di peringkat DUN Johor.

Sepanjang puluhan tahun berada di persada politik, PAS nampaknya semakin matang dengan sepak terajang dunia itu dan berkat kesabaran para pendokongnya membuahkan hasil meskipun pergerakannya amat perlahan.

Paling mengujakan, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, seorang yang lama dalam parti berjaya meruntuhkan keangkuhan BN apabila kemenangannya di DUN Puteri Wangsa diiktiraf rakyat di situ.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong PAS berpendapat suara ulamak telah diberi ruang dalam dewan dan individu yang layak mengutarakan isu berkaitan agama sudah pastinya penyandang kerusi tersebut.

“Saya bersyukur sangat sebab Ustaz Dollah menang. Memang layak beliau diberi kemenangan berkat kesabaran dan tak kenal erti putus asa. Tahniah ustaz,” kata salah seorang penyokong PAS bernama Ahmad ketika ditemui.

image

Selain Puteri Wangsa, PAS berjaya meraih kemenangan di DUN Parit Yaani. Aminolhuda Hassan yang juga pesara guru bukan calang-calang tokoh. Pastinya, kemenangan PAS di bawah Parlimen Sri Gading itu membawa 1001 makna yang tersirat.

Sementara itu, PAS terus unggul kerana mampu mengekalkan kerusi di dua DUN yang dimenanginya dulu iaitu Maharani dan Sungai Abong.

“Tahniah Dari Kami PAS Cawangan Johor Jaya Kepada Saudari YB Liow Cai TungDan Dap Johor Jaya Kerana Menang Kerusi Dun Johor Jaya…Dun Johor Jaya Dapat YB Baru…!!!

“Tahniah Juga Kepada Kawasan PAS yang Menang Di Johor Seperti YB Ustaz Abdullah Husin (Puteri Wangsa ) YB Cikgu Amninolhuda Hasan (Pt Yani ) YB Dr M.Taslim (Maharani ) YB Dr .Sheikh Ibrahim (Sg Abong).Bekerja Keraslah Untuk Rakyat,” kata Admin Facebook Pas Johor Jaya.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Februari 29, 2016 at 7:49 am

    Bravo !ça fait environs deux heures aujourd’hui sur
    internet. Et je dois reconnaître que l’article en question est complet.

    je pense que le le shorthair british. Est l’un des
    plus magnifique chat. Tellement généreux

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: