Utama > Uncategorized > “Saya berjaya tebas hutan belantara di Johor,” – Ust. DOLLAH

“Saya berjaya tebas hutan belantara di Johor,” – Ust. DOLLAH


image

PONTIAN – “Saya Berjaya menebas hutan belantara di Johor,” begitulah ungkapan YB Ustaz Abdullah Hussin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa ketika pertama kali bertanding di negeri ini kira-kira 28 tahun yang lalu.

Sewaktu diamanahkan calon PAS di Tanjung Puteri pada Pilihan raya Umum 1996 dahulu, Ustaz Abdullah berkata beliau telah hilang duit pertaruhan gara-gara bertanding di suatu tempat yang asing bagi PAS.

“Saya bertanding banyak kali. 5 kali sama dengan Pak Ungku (calon Pas Pulai Sebatang). Apa ada hal! (tiada masalah). Orang kata tempat saya (Puteri Wangsa) tempat selamat. Mana ada (tempat) jamin selamat ! (cuma) harapan menang ada. Sebab Pakatan Harapan Rakyat.

“Saya pernah hilang (wang) deposit. Tahun 1986 (PRU) pertama kali bertanding di DUN Tanjung Puteri. Hanya dapat 400 undi. Lebih sikit daripada tentera Badar. Wartawan datang jumpa saya. (tanya) Apa perasaan (kalah)? Dalam hati, sabar aje lah. Saya kata, saya amat puas. Semua terkejut sebab apa? Saya amat berpuas hati masuk (bertanding). Ini ibarat berjaya ‘tebas hutan belantara di Johor,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1000 orang dari pelbagai kaum pada Majlis Kesyukuran di pekarangan Markas Tarbiyyah Parit Markom Benut, dekat sini semalam.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Ahmad Sani, Yang Dipertua PAS Tanjung Piai, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, bekas calon PAS Pulai Sebatang dan Ustaz Mohd Khalid Salikan, bekas calon PAS Machap.

Kini kemenangannya, kata Ustaz Abdullah yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Johor lagi adalah kemenangan bersama. Hutan yang tebal dengan frasa keramat ‘Tiang Seri UMNO’ sudah ditebas dan petanda lonjakan sokongan PAS naik 100% di negeri ini.

“Masa dulu Cina takut (dengan PAS). Sekarang tidak. Ini yang UMNO tak boleh tidur.

“Tahun 1999 saya bertanding di Serom, Tempat (Datuk) Abd Ghani Othman. Lawan Menteri Besar. Ingat hilang deposit. Tapi saya dapat undi 7000. Dia dapat 15.000. Kata orang ‘not bad’.

“Tahun 2004, saya bertanding di Machap. Dulu banyak kali kalah. Alhamdulillah, sekarang menang dengan majoriti lebih 3000. Ini kemenangan semua bukan saya seorang. Saya wakil rakyat semua orang di Johor,” jelas beliau lagi.

image

image

image

image

image

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: