Utama > Uncategorized > PBT ditegur kerana tidak profesional

PBT ditegur kerana tidak profesional


image

BATU PAHAT – Salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat wajar menghormati keputusan penduduk bandar Penggaram dan Batu Pahat yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 lalu.

“Dengan tidak membenarkan penggunaan Dewan Jubli Intan dan Dataran Penggaram bagi tujuan Majlis Keraian PR menunjukkan sikap tidak profesional mereka.

“Selangor, Kelantan, Pulau Pinang walaupun dikuasai PR, tidak pernah bersikap sedemikian terhadap program BN.

“Nak tanya semua harta itu milik rakyat atau milik MPBP atau milik UMNO BN? Mana slogan Rakyat Di dahulukan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: