Utama > Uncategorized > Buat laporan Polis kalau PBT enggan bekerjasama

Buat laporan Polis kalau PBT enggan bekerjasama


BATU PAHAT – “Buatlah laporan Polis,” demikian cadangan Dr Ungku  Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang kepada semua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) jika permohonan untuk menggunakan harta awam di kawasannya ditolak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain bertujuan supaya rakyat mengetahui sikap tidak profesional PBT terbabit ketika menjalankan tugas kata Dr Ungku lagi.

Malah, ia dilakukan agar penganjur tidak dipersalahkan umum kerana menganjurkan sesuatu program di tempat yang tidak sesuai.

“Seterusnya jangan di persalahkan jika YB tuan/puan terpaksa mengadakan majlis di lokasi yang tidak sesuai  atau boleh dikaji sejauh mana boleh mengheret mereka ke muka pengadilan .

“Tindakan tidak bertamadun dan tidak menghormati rakyat sebagai pemilih yang wajib mendapat hak mereka di sebuah negara Demokerasi mesti di perangi habis-habisan.

“Semoga akan lahirlah sebuah negara yang rakyatnya hidup BEBAS DAN MERDEKA TANPA UMNO BN,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan ibn bacoks semalam yang berbunyi salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: