Arkib

Archive for Jun 2013

Perbetulkan sikap pegawai

PONTIAN – Menteri Besar Johor diharap dapat memperbetulkan sikap pegawai dan kakitangan serta institusi di bawah pentadbirannya yang tidak menghormati Adun-adun daripada parti pembangkang.

Tambahan pula, menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang,  pemimpin UMNO sering melaungkan agar semua pihak wajar bekerjasama demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik wajar mengikis sifat sedemikian.

“Apa makna gelaran YB yang diguna pakai oleh kerajaan sekian lama? malah mereka secara rasmi mengangkat sumpah khidmat dan seterusnya menghuni di Dewan yang dimuliakan.

“Adakah kerana mereka bukan dari parti pemerintah maka mereka tidak perlu di hormati? serta hanya dilayan sebagai YB kelas kedua? Jika mereka yang dipilih rakyat ini tidak dihormati, bermakna ketua masyarakat tersebut juga tidak akan di segani dan di hormati akhirnya nanti.

“Perkara ini berbangkit kerana terdapat Ketua Kampong dan Imam yang menyokong UMNO BN dalam kawasan YB nya dari parti pembangkang tidak bersedia memberi kerjasama dan paling buruk ada yang memalingkan muka. Jika bersalam pun secara ala kadar.

“Kajian didapati sering berlaku kepada masyarakat Melayu yang emosional dan hipersentimen. Perkara yang tidak sihat ini, wajar diperbetulkan.

“Jika MB Johor yang baru ini jujur dan ikhlas mahu lakukan perubahan yang terbaik dalam pentadbirannya dan ini bukan sikap penghuni negara maju yang di warwarkan oleh Kerajaan pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kerajaan digesa teliti semula “standard procedure”

PONTIAN – Kerajaan digesa meneliti semula “standard procedure” terhadap kes-kes keselamatan yang melibatkan rakyat negara ini terhadap negara jiran khusus Indonesia yang dikatakan tidak seragam dalam menangani isu tersebut.

Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang berkata, ia berkaitan hak pembelaan serta mampu mempercepatkan proses perundangan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan Mahathir bin Nordin, 37 tahun dari Kampung Pulai Sebatang, Pontian telah kecurian botnya di Pengkalan Nelayan Sungai Air Baloi, dekat sini hampir sebulan lalu.

“Botnya dipercayai telah di larikan ke Indonesia. Laporan Polis telah dibuat dan kini di bawah urusan Polis Merin yang berpengkalan di Kukup yang agak jauh dan sukar bagi beliau berurusan.

“Walaupun belum dapat disahkan sama ada benar atau tidak bot tersebut dicuri dan dilarikan ke Indonesia, mangsa tidak mendapat maklum balas semasa dari pihak berkuasa meyebabkan pelbagai spekulasi diterima dari sumber lain.

“Merujuk beberapa kes melibatkan penahanan nelayan yang di dakwa menceroboh perairan Indonesia, sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut ?

“Sudahkah pihak berkuasa Malaysia menyiasat ke tempat kejadian dan minta pihak berkuasa Indonesia buktikan?Semua ini terus menjadi tanda tanya,” jelasnya lagi dalam satu kenyataan.

Beliau menambah lagi, antara yang paling malang adalah keluarga mangsa bila mana terpaksa berulang alik ke Indonesia untuk mendapatkan perkembangan berkaitan.

“Akhirnya akan menghilangkan kepercayaan dan kebergantungan rakyat terhadap kerajaan dan pihak berkuasa.

“Di mata negara jiran pula akan menganggap sistem pentadbiran negara kita lemah, sedangkan mungkin kelemahan perlaksanaan atau mungkin kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kemelut Exco MCA Johor : lantiklah orang ‘baru’ – Dr Ungku

PONTIAN – Kerajaan negeri disaran agar melantik orang ‘baru’ dari kalangan kaum Tionghua yang bukan dari ahli MCA bagi menyelesaikan kemelut yang berlanjutan, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

“Kalau bukan ADUN boleh dilantik sebagai Speaker Dewan, tidak jadi masalah melantik golongan profesional Cina di luar parti sebagai exco.

“Sesuai dengan kata-kata sinis Datuk Tee kepada pengundi Cina yang menolak beliau dan MCA di PRU lalu, kata nya “Jangan cari saya “.

“Kehadirannya juga dikhuatiri gagal untuk mewakili rakyat dari kaum Cina di Johor, berasaskan sikap nya pasti tidak akan mendapat kerjasama masyarakat Cina, khusus di DUN Pulai Sebatang dan Daerah Pontian, beliau sebagai Pengerusi MCA,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong daripada MCA dilantik ke jawatan tersebut telah mengundang kontroversi.

Sebagai anak Johor, katanya, beliau tidak boleh mengingkari arahan Sultan.

“Arahan Sultan menyebut bahawa mesti ada wakil daripada setiap kaum dalam anggota majlis kerajaan negeri, jadi saya diarah mewakili masyarakat Cina,” katanya.

Kategori:Uncategorized Tag:

Rasmi pejabat : YB Ustaz Abdullah Husin lahir rasa syukur

image

image

JOHOR BAHRU – “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri N.41 Puteri Wangsa sebentar tadi oleh Dato’ Dr. Mahfoz Mohamed, Ahli Majlis Syura PAS juga merangkap Pesuruhjaya PAS Johor,” demikian kata YB Ustaz Abdullah Husin, ADUN Puteri Wangsa.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Johor berkata, pihaknya turut berbesar hati dengan kehadiran dua tokoh yang turut serta dalam acara perasmian tersebut.

“Saya turut berbesar hati turut diraikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn. Hj. Mohammad Sabu, ADUN Parit Yaani, ADUN Stulang serta seluruh jentera PAS Kawasan Tebrau.

“InsyaAllah, undi tuan-puan dalam PRU13 lalu yang melayakkan saya menjadi Wakil Rakyat Puteri Wangsa, akan saya galas dengan sebaik mungkin. Doakan saya & saya mohon kehadrat Allah, semoga dipermudahkan urusan saya dihari mendatang. Amin,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

UMNO Johor gagal?


PONTIAN – Kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khalid Nordin Nordin secara terbuka untuk memulakan gerak kerja membangunkan negeri Johor bermula dari kawasan yang diwakilinya termasuk Pasir Gudang menunjukkan kegagalan pemimpin UMNO selama ini dalam membawa kemajuan mengikut perancangan.

Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang berkata, Pasir Gudang sudah puluhan tahun di bangunkan, tetapi masih gagal mencapai tahap seiring dengan usia kelahiran nya . Antara yang tidak pernah selesai ialah kesesakan lalu lintas yang sinonim sejak dulu.

“Jika masih berlegar terhadap perkara asas seperti jalan raya, rumah rakyat yang gagal di selenggara di seluruh negeri Johor, di sebalik sibuk menumpukan projek mega berkepentingan akan menjarakkan lagi jurang perbezaan di sudut taraf kehidupan rakyat dan pembangunan ” bandar di luar bandar “.

“Semoga MB Datuk Khalid Nordin tidak dilihat ” buyers ” hanya fokus di lokasi yang berkepentingan . ALLAH SELAMATKAN JOHOR,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Pontian sengaja dipinggirkan?

PONTIAN – Daerah ini didakwa jauh tertingal ke belakang berbanding dengan daerah-daerah lain dalam negeri Johor.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, hal ini kerana dakwanya lagi bilamana melihatkan tindakan sebahagian wakil rakyatnya yang segaja ‘menyimpan’ ia sebagai ‘tangga lompat’ buat Barisan Nasional.

“Kesimpulannya Daerah Pontian begitu jauh tertinggal kebelakang berbanding Daerah lain.

“Kami percaya, ia kesan daripada sikap tidak peduli warga nya dan yang paling penting wakil rakyat tidak produktif, hanya menyimpan Pontian untuk deposit tetap BN serta menjadikan nya tangga lompat sekian lama.

“Pihak Pengurusan Tempatan pula sekadar bertugas memenuhi kerjaya harian mengikut rentak tari pihak kerajaan yang memerintah.

“Ramai yang bertanya, bagaimana bangunan baru IPD – Ibu Pejabat Polis Daerah mampu tersergam, sebalik nya Hospital Daerah Pontian masih di takuk lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pihak berwajib memberikan tumpuan kepada projek penambakan pantai bagi memberi keselesaan kepada penduduk di daerah ini.

“Perkara utama menjadi tumpuan, projek penambakan pantai dan penstrukturan semula Bandar Pontian. Diharap tidak akan merugikan golongan yang sedia ada , yang telah menghuni serta menjalankan aktiviti kehidupan sejak dahulu,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kerajaan perlu pantas bertindak

PONTIAN – “Wisma Putra dan Kerajaan Negeri Johor perlu bertindak cepat bagi membawa pulang enam nelayan Melayu berasal dari Pengkalan Nelayan Pontian Kecil yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara berkenaan berhampiran Belerang sejak 23 Mei lalu,” kata Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang,

Kelewatan mengambil sebarang tindakan katanya lagi dibimbangi akan menyerupai kes yang pernah berlaku pada 9 Mac 2011 di mana 6 nelayan Pontian di tahan selama 8 bulan di sana.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan luahan Hamidah, isteri salah seorang nelayan yang di tahan teramat rungsing memikirkan perbelanjaan persekolahan dan harian bersama dua anaknya.

Dia dilaporkan berkata, Kini hampir tiga minggu mereka ditahan di penjara Batam.

Pada 23 Oktober 2011, Ibn bacoks pernah melaporkan 7 Keluarga Nelayan yang ditahan Berjaya disantuni Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Dilaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac 2011 dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Manusia yang berakal buat pilihan tepat

image

PONTIAN – Hanya manusia yang sempurna dan berakal di Selangor telah membuat pilihan yang tepat pada Pilihan raya Umum (PRU) lalu berikutan penambahan kemenangan kepada 44 DUN daripada 56 keseluruhan kerusi.

Menurut YB Aminolhuda Hassan, Adun Parit Yaani, walaupun pelbagai fitnah dan serangan ditujukan setiap waktu, PAS telah menambah 8 kepada 15 DUN  kerusi di Selangor.

“Adakah pengundi di Johor, khusus orang Melayu tergolong dari OKU?,” tanya beliau lagi dipetik menerusi Facebook Ungku Mohd Noor Mahmood.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Kesyukuran anjuran PAS Cawangan Sanglang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Tan Ah Kau, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pontian.

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Tarian gelek : Ujian awal buat para Yb berkelulusan agama

PONTIAN – Disebalik isu tarian gelek ia disifatkan sebagai medan awal untuk menguji Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkelulusan agama bagaimana cara menanganinya.

Kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, semakin tinggi tahap keilmuan mereka maka ujian yang bakal dihadapi akan lebih besar.

“Tiba-tiba heboh isu tarian gelek separuh bogel ala Arabian Nite di Segamat, Johor, yang disaksikan olih 500 penuntun termasuk KANAK-KANAK secara terbuka di sebuah pusat beli belah.

“PAS bantah, MCA kata PAS ketinggalan zaman kerana sekat hiburan santai.

“Ujian awal buat Exco Agama Johor, bekas Imam Negeri dan Kadhi Daerah Segamat sertaAdun Puteri Wangsa, Ustz.Abdullah Husin, selaku Ketua Dewan Ulama’ PAS Johor. Tinggi kedudukan dan ilmu, tinggi lagi ujian dari Allah SWT.

“Semoga DYMM Tuanku Sultan Johor selaku Ketua Agama Islam serta Tuan Penasihat Dato’ Mohd Noh Gadut terus berjaya melindungi rakyat dari di pengaruhi budaya asing.

“MCA yang nak tutup kedai politik tu, usah lah nak buka banyak lagi premis maksiat untuk tarik pelancung, mentelah exco Pelancungan dari MCA,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pemilik Facebook PAS Dun Buloh Kasap – Segamat mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO yang senyap berdepan isu sedemikian.

“Isu tarian gelek lucah mendapat tentangan hebat dri byk pihak..tapi UMNO sampai sekarang terpaku tergamam tak berkata apa2..mana pendirian UMNO??? Takot pada MCA???

“Umno sila jawab pendirian kamu..mana pemuda umno wanita umno puteri umno ketua umno??? Dah hilang prinsip?? Perkasa Jati tak perlu tanya,” katanya lagi.

Harakahdaily sebelum ini melaporkan PAS Kawasan Segamat membantah sekeras-kerasnya penganjuran tarian separuh bogel oleh wanita-wanita yg dipercayai di bawa dari luar negara di sebuah pasaraya One Segamat pada 1 jun 2013 jam 8.30pm. 

Kategori:Uncategorized Tag:

Faizi simpati dengan Pengerusi GPAS

KLUANG – Khairul Faizi Ahmad Kamil, Yang Dipetua PAS Kluang dengan nada sinis menyampaikan rasa simpati terhadap Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataannya semalam.

Menurutnya, kenyataan Hamidzun ini berkemungkinan antara penyebab pengundi Selangor menolak Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 yang lalu.

“Sebab itu agaknya BN makin ditolak di Selangor,” katanya yang juga Setiauaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan yang di hantar kepada Ibn bacoks semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sebuah NGO meminta supaya kerajaan menyekat laman sosial Facebook seperti yang dilakukan di Iran dan China bagi membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Sinar Harian semalam melaporkan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana terdapat pengguna yang menggunakan laman itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Kategori:Uncategorized Tag: