Utama > Uncategorized > Jenama BN diramal tidak dipakai PRU 14

Jenama BN diramal tidak dipakai PRU 14


PONTIAN – Setelah jualan produk berjenama BN terus merosot pada tawaran harga lelong 5 Mei lalu, telah mendorong ‘pihak pengurusan’ melakukan transformasi besar-besaran bagi mengekang pasaran dari terus jatuh menjunam, demikian kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, bekas calon PAS Pulai Sebatang.

Katanya lagi, ‘pihak pengurusan’ dijangka akan menggunakan jenama lama iaitu UMNO kerana yakin mampu memperolehi sokongan dalam kalangan pengguna Melayu dan Bumiputera khusus di kawasan pendalaman.

“Menurut sumber, produk Jenama BN sudah tidak lagi mampu untuk bertahan dan bersaing dengan pelbagai produk baru dalam pasaran kini.

“Keadaan bertambah parah sekiranya rakan kongsi niaga berjenama MCA , MIC , GERAKAN dan lain-lain akan menarik SHARE mereka.

“Maka tidak hairanlah pada jualan mega PRU 14 nanti, mereka tidak akan menggunakab jenama BN lagi, berdasarkan pihak pengurusan syarikat sedang giat mempromosikan jenama yang dikitar semula iaitu UMNO,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: