Utama > Uncategorized > Mangsa kebakaran , JKM diminta bertindak

Mangsa kebakaran , JKM diminta bertindak


image

PONTIAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa membantu mangsa kebakaran rumah di Pekan Parit Sikom dekat sini.

Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang berkata, Chong, 83, antara mangsa kebakaran dan kini terpaksa menumpang di Tokong berdekatan yang serba daif bersama anaknya.

“Laporan Polis sudah dibuat semalam. Hari ini telah menghantar semua dokumen yang dikehendaki oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian.

“Kami gesa agar pihak JKM segera bertindak memindahkan beliau ke tempat penginapan selesa yang dapat melindunginya dari kesejukan dan kegelapan malam.

“Disamping memastikan makan minum terurus kerana usianya yang lanjut. Jika orang kenamaan boleh disediakan penginapan di setiap daerah, kenapa tidak boleh Kerajaan pecah tradisi ujudkan sebuah penempatan mirip Hostel di bawah kelolaan JKM di seluruh Daerah jika benar slogan RAKYAT DI DAHULUKAN !

“Dari hanya melambakkan rakyat yang ditimpa bencana selama ini, di sekolah dan di balai raya. Sedangkan Kerajaan dan Syarikat Swasta dalam negara mampu menyumbang jutaan ringgit jika berlaku bencana di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: