Utama > Uncategorized > Bimbang soal keselamatan, penduduk buat aduan

Bimbang soal keselamatan, penduduk buat aduan


PONTIAN – para penduduk Tionghua Parit Sikom dekat sini, melahirkan rasa bimbang akan keselamatan anak mereka yang berulang alik ke SRJK (C) Nam Mah yang terletak berhampiran jalan utama pekan itu.

Menurut Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, keadaan lebih membahayakan apabila kenderaan semakin meningkat termasuklah kenderaan berat yang menjadikan laluan itu sebagai jalan pintas.

“Bilangan kenderaan yang meningkat terutama kenderaan berat yang menjadikannya jalan pintas, gagal memperlahankan kenderaan mereka ketika melewati hadapan Sekolah tersebut, kerana tiada langsung sebarang tanda peringatan dan amaran.

“Untuk itu PAR Pulai Sebatang yang menerima aduan Ibu Bapa pagi ini, mohon pihak JKR Pontian mengadakan lawatan segera ke lokasi, seterus nya mengambil langkah keselamatan.

“In sya Allah kami akan turun pada Selasa ini menemui pihak SRJK dan JKR Pontian,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: