Utama > Uncategorized > Hala tuju PAS – Mazlan Aliman

Hala tuju PAS – Mazlan Aliman


PRU 13 sudah beberapa bulan berlalu. Meskipun Pengerusi Postmortem PAS, Salahudin Ayub, dijangka membentangkan laporannya oktober ini, namun analisis awal dalam dan diluar parti sudah diketahui.

Sasaran Road Map ke Putrajaya yang tidak kesampaian dan sokongan melayu kepada BN akan terus menjadi bahan perdebatan.

Oleh kerana tahun ini, mesyuarat agong PAS berdepan dengan pemilihan pucuk pimpinan, bahangnya mula terasa.

Mungkin tidak ketara di peringkat cawangan, tapi Mesyuarat Agong Kawasan, Dewan2 di peringkat negeri dan kemuncaknya Muktamar Tahunan PAS Pusat november ini akan menguji kewibawaan perwakilan untuk menentukan pemimpin baru mereka.

Berbeza dulu, PAS kini dilihat lebih matang dan terbuka dalam menentukan halatuju parti. Ahli parti sangat sensitif dengan isu2 dan elemen2 disekeliling mereka.

Saya yakin ianya atas faktor perkembangan PAS yang di dokong oleh jutaan ahli dan penyokong yang latarbelakangnya berbeza-beza.

Bahkan, PAS memiliki Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari Non Muslim, tetapi menyokong perjuangan PAS.

Dengan erti kata lain, PAS telah menjadi milik rakyat. Tambahan pula kita telah memerintah 23 tahun di Kelantan dan berkongsi kuasa dengan komponen Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Suka atau tidak, kita kena berkongsi pandangan dan bersedia menerima apa juga kritikan ahli parti; tidak terkecuali ‘pihak luar’ yang mahu PAS memperbaharui iltizam melakukan penambahbaikan terutamanya kuasa pemerintahan di negeri yang diterajui.

Jangan ego dan berlagak bodoh sombong bila ada pihak menegur, kita kononnya lebih tahu apa yang mahu dilakukan.

Bagi saya jika kita positif, teguran Dr Agus Yusof mengenai Kelantan sangat baik dalam konteks memperbaiki kualiti pemerintahan.

Lebih ramai ahli akademik atau cerdik pandai membuat teguran, itu tandanya mereka sayangkan Kerajaan kita. Jangan berada dalam zon selesa atau asyik menggunakan alasan yang sama; Kerajaan Pusat anak tirikan Kelantan! Alasan ini sangat kukuh jika kita baru memerintah 7-8 tahun.

Barang diingat kita dah perintah Kelantan 23 tahun!.Samada teguran pihak luar tepat atau tersasar, kita harus menjadi pendengar yang baik.

InshaAllah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hujung bulan ini, saya akan bangkitkan kedudukan Jawatankuasa Pemandu yg ditubuhkan PAS Pusat dengan tujuan memantau keberkesanan pemerintahan kita.

Mungkin skopnya boleh diperluaskan, keanggotaannya ditambah dan ada sayap pemikir di beberapa sektor tertentu seperti pembangunan tanah, perumahan dan kebajikan rakyat.

Bukti kewibawaan kita ialah sejauhmana kita boleh memandu parti dan kerajaan lebih baik dari BN.

Diskriminasi Kerajaan Pusat bukan sahaja ditentang, tetapi jadikan cabaran untuk mengharunginya.

PAS mempunyai profesional yang terlalu ramai. Boleh digembeling untuk kepentingan parti dan kerajaan kita.

Kita mampu bersaing dengan UMNO dan mengalahkan mereka. 

Meskipun pada ketika ini, Umno masih menguasai kawasan luarbandar dan Felda, saya tetap optimis, prestasi kita akan terus meningkat.

Saya banyak menerima teguran dan kritikan meskipun kadangkala terlalu tajam dan tidak berfakta mengenai isu Felda dan pembangunan luar bandar.

Saya anggap mereka yg mengkritik punya niat baik untuk membantu kita. Kritikan sepatutnya menjadi motivasi terhadap daya juang kita. Sentiasa bersemangat untuk melakukan yang lebih baik dari kelemahan masa lalu.Sebagai pemimpin parti, kita tidak relevan lagi meyakinkan rakyat melalui ceramah semata2.

PAS dan pemimpinnya mesti advance dengan pemikiran masadepan yang menjanjikan kecemerlangan urustadbir sesebuah kerajaan.

Saya harus menghargai pandangan berbagai pihak yang selalu membuat perbandingan mengenai Kelantan.

Hingga ada yg memberi amaran, Kelantan akan berdepan masalah besar pada PRU 14 jika tiada transformasi yang membawa ‘makna’ baru dalam pemerintahan.Dari era Kepimpinan Ulama kepada Konsep Negara Islam, kini, Dokumen Negara Berkebajikan; ia tidak boleh retorik dan tenggelam begitu sahaja.

Halatujunya telah jelas. Cuma bagaimana pemimpin dan cara mana mahu diterjemahkan, inilah yang ahli, penyokong dan rakyat nanti-nantikan!

– Facebook Mazlan Aliman

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: