Utama > Uncategorized > Modul Tarbiyyah berkesan

Modul Tarbiyyah berkesan


SATU perkongsian kpd semua, semasa ana join Pemuda PAS Johor (1997) Lajnah Tarbiyah dipengerusikan oleh ustaz Bharun Norashid, seorang pustakawan ITTHO masa tu.

Nak cari ustaz2 lepasan Mesir dll mmg sangat sukar. Sesi 1997 bukan setakat susah untuk cari ustaz malah zaman ni nak bentuk exco DPPNJ pun susah nak cukupkan korum.

Pimpinan Pemuda terdahulu mengeluh kenapa ustaz2 balik daripada Mesir tidak mahu bersama Pemuda PAS di Johor, tidak seperti negeri-negeri yang lain.

Berdegar-degar di Mesir tapi menikus bila menjejakkkan kaki di bumi Johor.

Zaman mazlan (1999) muncul ustaz Kasim Ibrahim dan sesi seterusnya ada ustaz Rozali Jamil, ustaz Azam Razak, Ustaz Ruhaizam.

Bila tiba zaman ana (2005) kita ada ramai ustaz spt ustaz kasim, ustaz ruhaizam, ustaz azam, ust zulhilmie, ustaz ibrahim banjari, ustaz khalid, ustaz halim hafiz dan beberapa figure lagi.

Buat pertama kalinya, pengerusi lajnah tarbiyah dipengerusikan oleh ustaz daripada Al-Azhar pada tahun 2005 apabila ustaz Azam Razak dilantik menjadi Pengerusi Lajnah selama dua penggal dan selepas itu ia dipengerusikan oleh ustaz Ibrahim Al-Banjari pada tahun 2009 sehingga 2011.

Pendek kata, plan untuk melahirkan para ustaz haraki berjaya kita laksanakan di johor.

Para ustaz2 ini bukan saja dapat menjadi pengerusi tarbiyah malah disebabkan ramainya para ustaz maka ada yang memegang jawatan yang lain pada tahun 2009 seperti ustaz Azam Razak (Ketua Penerangan) Ustaz Ruhaizam (Bendahari) dan Ustaz Zulhilmie (Lajnah ICT).

Program tarbiyah Pemuda Johor menjadi rancak bila zaman Mazlan tamrin mula dibuat dipulau2, Ihya’ Ramadhan, Badar Kubra menjadi acara tahunan walupun zaman ini perkembangan politiknya sangat rancak dengan tekanan polis dan pemerintah kepada aktiviti PAS.

6 Kali ucaptema Ketua DPPNJ daripada 2005-2011 terus menekankan tentang perlunya tarbiyah diberikan keutamaan ( klik, http://dppnjohor-ucaptema.blogspot.com/ ).

Zaman ini, DPPNJ telah keluarkan Manhaj Tarbiyah Pemuda dan ana masih gunakan buku ini untuk pengisian tarbiyah sehingga sekarang.

Manhaj Tarbiyah ini disediakan oleh para uztaz2 dalam lajnah Tarbiyah yang diketuai oleh ustaz Azam ketika itu.

Ana tak pastikan adakah manhaj ini masih wujud lagi atau tidak dalam agenda tarbiyah Pemuda PAS Johor.

Tarbiyah bukan program bermusim, bila nak mengadap pilihanraya program tarbiyah di KIV dulu.

Selepas pilihanraya baru nak fokus tarbiyah. Jika itu yang terjadi maka muhasabah lah, gerakan Islam kah kita atau kita merosakkan gerakan Islam.

Kepada para pimpinan Pemuda yang balik dari Al-Azhar dan yang keluar daripada universiti tempatan dalam Pemuda PAS Johor, antum berperanan besar untuk pastikan agar tarbiyah diperkasakan.

Percayalah bahawa jika tarbiyah lemah maka kita juga akan menjadi lemah dan lesu.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Terus berjuang!

Penulis merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Johor dan kini menjawat Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia – ibn bacoks

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: