Arkib

Archive for Ogos 19, 2013

Cg Mala gesa adakan solat Hajat

image

Dipetik dr Facebook Normala Sudirman

SKUAD Cikgu Mala Prihatin menggesa agar jemaah surau dan masjid di seluruh Malaysia mengadakan Solat Hajat Perdana dan bermunajat kepada ALLAH SWT agar ummat Islam selamat dari kezaliman dan pembunuhan kejam oleh pihak tentera terhadap rakyat Mesir.

Al- Fatihah kepada yang syahid.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ucapan sulung di DUN yang mantap

image

Dipetik dr Facebook Dzulkefly Ahmad

YB PARIT YAANI, Tn Hj Aminulhuda baru lepas berucap 12.40 -12.50 pm.

Ucapan sulung yang bernas mencakupi isu setempat, isu hutang isi rumah serta kenaikan harga rumah yg melambung di Johor khusunya Iskandar Malaysia termasuk 8 cadangan bagaimana mengekang kenaikan harga rumah dan memampukan rakyat untuk memiliki rumah mampu milik dan terakhir isu pembunuhan rakyat Mesir. Pas Johor menucapkan syabas dan jazakallah kpd YB Prt Yaani.

Admin adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor – ibn bacoks.

Kategori:Uncategorized Tag:

“Ana lebih rela mati di sini kerana berjuang, dpd baring di rumah!”

image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

SEORANG lagi aktivis peneroka yang sedang uzur ialah En Abd Wahab Siran, 63 th dari Felda Jengka 15.

Saya mengenali beliau sejak tahun 90an kerana kegigihannya memperjuangkan isu Felda.

Beliau seangkatan dgn Arwah Pak Su Sukarno, Abd Malik Yusof(bekas ADUN Tahan) dan Ust Abd Manaf Othman.

Dikebanyakkan program ceramah, dialog dan Konvenyen Felda; kelibatnya sentiasa kelihatan.

Mudah mesra dan senang didekati.

Antara kenangan yang saya tidak boleh lupakan ialah semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor beberapa tahun lalu.

Beliau hadir menaiki motosikal dalam keadaan uzur akibat diserang minor stroke kali yg pertama. Rakannya yg membonceng beliau juga uzur.

Dia datang kerana nak bantu kempen bagi calon Pakatan Rakyat, Dato’ Zaid Ibrahim.

Kata Pak Wahab, ‘ ana lebih rela mati di sini kerana berjuang, dpd baring di rumah!

Subhanallah…Alhamdulillah, kesabaran isteri dan anak2 beliau dalam menjaganya, sangat dihargai.

Walaupun uzur dan daya ingatan makin berkurangan, beliau masih boleh tersenyum dgn jenaka kawan2.Doa buatmu Pak Wahab.

Kategori:Uncategorized Tag:

Penyakit akhir Zaman – PJ

image

Facebook Dr Mahfodz Mohammed

ULAMAK hari ini makin dicemuh, dihentam, dihina, dicaci secara terbuka. biarpun ulama bercerita yang benar, tetap dikata salah sedangkan ia berpandukan Al-quran dan As-sunnah. segala kebenaran sudah tidak diendah. inilah penyakit dunia akhir zaman.

Admin adalah Pesuruhjaya PAS Johor merangkap bekas calon DUN Gambir.

Kategori:Uncategorized Tag:

ADUN Pt. Yaani serah baju

image

Dipetik dr Facebook Aminolhuda Bin Hassan

MENYERAHKAN pakaian kepada En Chong salah seorang AJK Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN PT.YAANI pagi tadi dengan disaksikan oleh YB Madam Gan Peck Cheng.

Admin juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor – ibn bacoks.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kerajaan UMNO : Baling batu sembunyi tangan

image

Dipetik dr Ungku Mohd Noor Mahmood

SESUATU yang sangat memalukan terhadap kerajaan Malaysia yang di terajui UMNO BN.

Di samping menyerlahkan sikap tidak berwibawa dan perihatin serta lemah pendirian di samping mengambil sikap berhati-hati terhadap reaksi kuasa besar .

Sedangkan DAP bolih mencadangkan supaya kerajaan memanggil segera sidang khas Parlimen untuk mengutuk sekeras-keras nya pembunuhan beramai-ramai di Mesir .

Pemimpin Islam UMNO terus membisu dalam isu ini, malahan di peringkat awal kejatuhan Mursi, media mereka turut mengecam kerajaan sah pimpinan Mursi dengan pelbagai lebel .

Membuktikan pemimpin kerajaan UMNO menyokong pemerintahan sistem sekular serta liberalisasi di Mesir yang seiring dengan nya di Malaysia dulu, kini dan selama nya .

Admin merupakan bekas calon PAS Pulai Sebatang – ibn bacoks.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ahli tidak ditarbiyyah kejar kedudukan

image

Dipetik dr Facebook YB Ustaz Abdullah Husin

KAMI ahli PAS, telah ditarbiyah untuk tidak menjadikan kedudukkan dalam pemerintahan mahupun apa jua pangkat dalam kehidupan sebagai ghanimah untuk diri sendiri.

Peringatan untuk diri saya yang besar memikul amanah Allah SWT.

Ust Abdullah Hussin merupakan Adun Puteri Wangsa merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Johor.

Kategori:Uncategorized Tag: