Utama > Uncategorized > Ziarah suatu jenayah?

Ziarah suatu jenayah?


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

FAKTA Kes Saman Malu Mazlan Aliman keatas Ins Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia:-

1. Datang ke Felda Lembah Klau pada 9 mac 2010 atas tujuan ziarah peneroka Felda yg sakit kerana dilokap beberapa hari kerana dakwaan mencuri buah kelapa sawit di kebunnya sendiri,

2. Bersembang santai di beranda rumah Hj Hamidun Yeop Isa, peneroka Lembah Klau bersama sekitar 15-20 orang peneroka dan gen 2 felda antara pukul 3.30-4.30 ptg. Duduk bersila dan berbual tanpa pembesar suara.

3. Diserbu dan dikepong oleh 30 orang anggota Polis Bantuan Felda yg membawa senjatapi. 

4. Ins Azran sebagai Pegawai Penyiasat dari IPD Raub mendakwa menahan saya di hadapan Bangunan Indrapura, Jln Teras Raub jam 11.15 mlm bersama 9 anggota JSJ IPD Raub pada 9 mac 2010 seolah2 saya penjenayah besar yg sangat berbahaya,

5. Ins Azran membuat dakwaan palsu kerana saya sebenarnya ditangkap di Tkt 1 IPD Raub pada tarikh dan masa tersebut oleh beliau sahaja.

Ada beberapa saksi bersama dengan saya termasuk lawyer Haris Abdullah.6. Ins Azran memalsukan maklumat penahanan adalah bertujuan untuk mendapatkan perintah reman dari Puan Majistret Mahkamah Majistret Raub; alasannya untuk siasatan lanjut.

7. Ins Azran mohon reman 4 hari, tapi dibenarkan sehari sahaja oleh Pn Majistret setelah dibantah oleh Lawyer Haris Abdullah.

8. Sepanjang saya direman dan dilokap, tiadapun sebarang siasatan lanjut dibuat, hingga saya dibebaskan.

9. Saya didakwa di bawah seksyen 447 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pencerobohan jenayah(criminal trespass) walhal tiada harta dan kegiatan jenayah yg saya lakukan.

Dialog yg disusun pun dibatalkan kerana tiada beroleh permit. Saya hanya ziarah sahaja. Adakah ziarah suatu jenayah?

10. Sepatutnya seksyen 441 digunakan untuk menahan saya. Ia lebih munasabah. Penggunaan akta pun salah. Diminta baca kedua dua seksyen dalam mahkamah pun tergagap gagap.

11. Penahanan saya adalah tidak sah dan salah. Defendan memalsukan maklumat, bagi membolehkan perintah reman dikeluarkan keatas saya.

Saya memohon gantirugi2 berkaitan.

12. Hakim Dato’ Akhtar Tahir akan membuat keputusan atas kes ini pada 23 oktober akan datang di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: