Arkib

Archive for Ogos 27, 2013

Seronok anak-anak berpuasa enam

image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

ANAK saya yang ke 5, Mohd Yusof Qardhawi bersama Bonda.

Alhamdulillah, berjaya menyelesaikan puasa 6 Syawal hari ini walaupun sekolah baru darjah 5.

Tiada paksaan atau upah. Hanya motivasi, kelebihan puasa 6, ganjarannya seperti puasa sepanjang tahun.

Dia seronok berpuasa meskipun letih. Kekadang kesian juga tengok. Sejak darjah 3, dia berpuasa 6.

Anak saya yang paling kecil, Burhanudin Al Helmi, darjah 3, sedang menghabiskan puasa 6.

Sebagai ibubapa, kami tentu gembira…Syukur Alhamdulillah.

Kategori:Uncategorized Tag:

JOHOR letak syarat 10 KPI 

Dipetik dr Facebook Saaid B Ghani

KPI mesti ditetapkan oleh rakyat bukan MB dan ini termasuk MB juga mesti ada KPI.

Kalau KPI ditetapkan oleh MB, siapa pula nak tetapkan KPI MB, agaknya PM kut, PM pula siapa nak tetapkan KPInya, isterinya?

Menetapkan KPI oleh pemimpin adalah terlalu bodoh sebab itulah banyak kawasan gagal dimajukan dan masih ditakok lama kerana wakil2 rakyat dan JKKKP tak buat kerja sebagai wakil rakyat.

Kebanyakkan kawasan parlimen atau DUN masih mundur bukan saja dari segi kemajuan kampung, kemajuan jalan berlopak, parit tersumbat pun gagal ditangani.

Ada jalan yang tiada bermutu, ditampal sana sini selepas musim hujan kemudian berlopak balik kerana premix dan batu yang sepatutnya ikut spesifikasi, tapi ikut suka hati mereka yang bertanggung jawab kerana kalau ikut spec. poket kosong! Malaysia tidak boleh maju dikawasan2 kampung kerana wakil2 rakyat dan JKKKP tidak buat kerja untuk rakyat tapi buat kerja besarkan rumah, beli kereta mewah, semua kenduri duit peruntukan kepada rakyat.

56 tahun merdeka tidak ada apa2 yang boleh kita banggakan di kampung2 Melayu.

Yang banyak memajukan kawasan Melayu ialah bukan Melayu, habis tanah Melayu, sawah dijadikan rumah teres, rumah kedai, Melayu ghairah jual tanah, brokernya Melayu. Dulu kini dan selama2nya, akhirnya Melayu akan merepat dalam tanah air sendiri.

http://www.iman2taqwa.blogspot.com

Kategori:Uncategorized Tag:

Tolong kami bantu kami!

image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

PASTI Umar AlKhattab, Felda Bkt Ramun telah beroperasi lebih 13 tahun.

Memang menjadi tekad saya selepas PRU 13, kerja2 naik taraf, baik pulih bangunan dan infrastruktur akan diberi tumpuan utama.

Fasa pertama ialah menaik taraf kawasan permainan. Ia termasuk menggantikan alatan permainan yg begitu uzur.

Kerja2 asas sedang dilakukan ketika ini. Fasa kedua membaikpulih bilik air dengan mengganti paip lama, memperbaiki sistem saliran dan memasang mozek sepenuhnya.

Kerja mengganti paip lama sedang dilakukan. Fasa ketiga, memasang syiling bilik darjah, memasang mozek untuk lantai bilik darjah dan kawasan pejalan kaki.

Kos keseluruhan termasuk upah dianggarkan RM30 ribu. Yang mahalnya ialah membeli peralatan permainan dan memasang syiling.

Pasti Umar AlKhattab adalah Tadika Islam yang dibiayai sendiri oleh masyarakat. Samada elaun guru dan lain2. Komitmen kami adalah untuk memberi alternatif kepada Pendidikan Pra Sekolah yang berteraskan AlQur’an dan Sunnah.

Usaha naik taraf dan membaiki infra adalah untuk keselesaan murid dan ia menjadi tanggungjawab bersama.

Mereka2 yang menderma adalah sangat besar ganjarannya.

Amal Jariah yang berkekalan pahalanya selagi mana Pasti ini beroperasi demi untuk mendidik anak bangsa kita.

Kepada yang ingin menyumbang, boleh datang sendiri ke sekolah dan bertemu Pn Hatijah selaku Ketua Guru atau Bank In ac No 0110041000002082(BSN) atas nama Pasti Umar AlKhattab.

Terimakasih atas keprihatinan dan derma anda.

Kategori:Uncategorized Tag: