Arkib

Archive for September 2013

Yb Ust. Abdullah mengimami solat jenazah

September 30, 2013 Tinggalkan komen

image

Ustz, Abas b Hj Sukiman telah meningal dunia jam 12tgh ari dan d kebumikan d kubur pt wagiman jam 4 ptg d imami oleh YB Ustz Abdullah Husin Al Fatihah.

Ustaz Abdullah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Johor.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ust. Abd Hamid teraju Pagoh

September 30, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

image

Dipetik dr Facebook Pas Kawasan Pagoh

ALHAMDULILLAH, selesai mesyuarat agung Pas kawasan Pagoh kali ke 44 di maahad tahfiz muhammadi di kundang ulu, tahniah diucapkan kepada ajk yang dipilih menerajui Pas kawasan Pagoh untuk sesi 2013/2015.

YDP Ust Hamid, TYDP Ust Samad, NYDP Ust Ismail

Kategori:Uncategorized Tag:

Mazlan bagi laluan orang baru

September 30, 2013 Tinggalkan komen

image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

MESYUARAT Agong PAS Kawasan Tenggara kali ke 17 di Pasti Felda Bkt Ramun, Kulaijaya, pagi ini, dirasmikan oleh YB Tuan Hj Aminulhuda Hassan, ADUN Pt Yaani, juga Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Alhamdulillah, tradisi di kawasan Tenggara ini, setiap kali pemilihan dalam parti, jawatan utama iaitu Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua di syura kan. 

Selaku pimpinan paling lama, dari ahli biasa, jadi NYDP,TYDP dan YDP; saya telah menarik diri dari memegang apa2 jawatan pada sesi kali ini.

Memberi laluan pada rakan2 lain yang punya bakat kepimpinan yg seharusnya diketengahkan.

Pilihanraya pun selesai, kepimpinan pelapis harus diberi kepercayaan.

Tidak usah tamak jawatan, sebaliknya sokong dan bantu pimpinan baru.

Alhamdulillah, YDP baru, Lef.Kol(B) Hj Nazari Mokhtar, TYDP baru, Hj Mohzit Mohit, NYDP baru, Hj Husin Dami adalah pimpinan berwibawa yang menerajui PAS Kawasan Tenggara sesi 2013-2015.

Mereka adalah anak buah saya yg cepat matang dan mampu membawa perubahan lebih baik di masadepan.

Saya ada misi lain, yang cukup penting untuk PAS Johor dan Dun Bkt Permai yg saya tandingi PRU 13.

Bekerja dan berusaha terus untuk kemenangan Islam.Betulkan nawaitu perjuangan kerana Allah, Allahuakbar.

Kategori:Uncategorized Tag:

Murid PASTI seronok berjogging

September 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

ANAK-anak PASTI Al Husna Benut,  Pontian amat seronok beriadhah di satu kawasan berhampiran premis.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ceramah kedua lepas PRU

September 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

Dipetik dr Facebook Aminolhuda Bin Hassan

KALI kedua (saya) berceramah selepas pilihanraya dalam DUN PT.YAANI bersama Tn. Hj. Muhammad Sabu mlm tadi. Sambutan amat baik dari rakyat setempat.

Admin adalah Adun Parit Yaani.

Kategori:Uncategorized Tag:

S/U Muslimat diserang stroke

September 27, 2013 Tinggalkan komen

image

Dipetik dr Facebook Dewan Muslimat Pontian

KEPADA SaHabat2 Yang mengenaLi Pn Aishah Bt Abd Ghani S/U Dewan Muslimat Pas Kawasan Pontian (dalam Bulatan),Beliau Kini berada Di Hospital sultanah Aminah Johor Bahru Kerana Diserang Stroke..

Menurut sumber beliau Akan membuat pembedahan kali ke-dua pada hari ini…

Mohon Doa sahabat-sahabat agar kesihatan beliau kembali sejahtera.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN MAYBANK(151445135701) NorasyikinBANK ISLAM (01108020001164) zabidah hasan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kadi tersalah pecat Imam?

September 27, 2013 Tinggalkan komen

image

Dipetik dr Facebook Firdaus Masod

ALHAMDULILLAH menang kes di mhkmh tinggi muar terhadap pej agama johor responden sulaiman maiden sekrg kadi segamat kerana salah memecat seorg imam di ledang ust nazri.

lain kali jgn suka2 nak pecat orang.tgk dulu kuasa yg ada.tak suma kuasa ada pd kadi.

Beliau dipetik berkata sebagai mengulas satu laporan berita menyebut :

MUAR- Mahkamah Tinggi Malaya Muar hari ini telah membuat keputusan suatu Perintah Permohonan Semakan Kehakiman yang telah difailkan oleh Mohd Nazri Bin Musa akibat daripada penamatan perkhidmatannya sebagai Imam Satu di Masjid Dato’ Abdul Ghani Kampung Sagil Parit 2, Sagil Ledang, Johor oleh Responden Pertama iaitu Haji Sulaiman bin Maidin, Kadi Daerah Ledang melalui surat bertarikh 16 Julai 2012 yang mana perkhidmatan Pemohon telah di tamatkan 6 bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Hakim Dato Zainal Azman bin Ab Aziz  dalam keputusannya berkata bahawa Responden Pertama iaitu menurut Seksyen 102(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003) Responden Pertama tidak mempunyai bidangkuasa untuk menamatkan perkhidmatan Pemohon selain daripada Responden Ketiga iaitu Majlis Agama Islam kerana penamatan perkhidmatan tersebut hanya boleh dilakukan oleh Responden Ketiga. Tambahan lagi prosedur penamatan itu sendiri adalah tidak sah kerana Pemohon telah ditamatkan perkhidmatan tanpa diberi peluang untuk membela diri. Sekalipun Pemohon ada membuat rayuan melalui Jawatankuasa Masjid Dato’ Abdul Ghani Kampung Sagil Parit 2, Sagil Ledang, Johor namun rayuan tersebut tidak dipertimbangkan.

Memandangkan tempoh perkhidmatan Pemohon telahpun tamat pada 31-12-2012 yang lalu, Hakim hanya memerintahkan Responden-Responden membayar kos kepada Pemohon dan gantirugi am akan ditaksirkan kemudian.

Pemohon diwakili oleh Puan Rohana binti Ramli dari Tetuan Izauddin Firdaus & Mahendran manakala Penasihat Undang-undang Negeri Johor Puan Anis Wahidah binti Mohamad  mewakili Responden Pertama dan Kedua serta menyebut bagi pihak peguamcara Responden Ketiga Tetuan Ikbal Salam & Associates.

Kategori:Uncategorized Tag: