Utama > Uncategorized > NGO ‘KOTA’ dilancarkan

NGO ‘KOTA’ dilancarkan


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

KEHADIRAN Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, YB Dato’ Salleh Man telah menyerikan majlis Pelancaran Pertubuhan Pembangunan Tanah KOTA di Dataran Masjid Kg Batu Uban hari ini.

Turut hadir Prof Madya Ahmad Murad Merican, dari Persatuan Sejarah & Warisan PP, YB Iskandar Abd Samad, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, YB Che Abdullah Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, ADUN Bt Uban, Hj Razman Zakaria, Timbalan Pengerusi Lajnah, anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Pengerusi JKKK Batu Uban.

Sdr Iszuree Hj Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran PP telah dipilih mengetuai Ngo Kota yg berfungsi menangani isu2 tanah tradisi, Waqaf dan Perbandaran.

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya Ngo Kota, isu2 kritikal yg bersangkutan dengan penempatan rakyat dapat diperjuangkan dan dikendalikan dengan lebih berkesan.

Dalam konteks Pulau Pinang, masadepan Kg Batu Uban dan Tanjung Tok Kong; pengiktirafan Masjid Bt Uban sebagai Warisan yg gazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan serta Unesco akan diberi fokus utama.

Tidak ketinggalan isu penempatan melayu yg infratrukturnya masih ketinggalan, status tanah Waqaf yg masih bermasalah, akan terus diberi perhatian serius.

Lebih seribu orang hadir dalam majlis yg sangat meriah, bersekali dengan Sambutan Hariraya dan Pelancaran Cleaner, Greener and Safety Penang.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: