Utama > Uncategorized > Slogan 1Malaysia adalah lakonan

Slogan 1Malaysia adalah lakonan


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

PAS mesti terus kehadapan dalam membina masyarakat majmuk yang hormat menghormati antara satu sama lain.

Ia telah dibuktikan 23 tahun pemerintahan kita di Kelantan.
Meskipun kelompok non muslim begitu kecil, namun keharmonian dari sikap tolerani antara satu sama lain, Kelantan antara contoh terbaik bagaimana masyarakat berbilang bangsa boleh hidup aman dan damai.

Sikap melampau pemimpin politik dan Ngo yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan undi, adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tentulah, apabila api perkauman di mulakan oleh mereka yang bergelar pemimpin; ia pasti mengheret rakyat kepada suatu suasana yang tegang dan tidak terkawal.

Saya perhatikan Slogan 1 Malaysia yg di promosikan oleh YAB Perdana Menteri adalah lakunan yg tidak berpijak di bumi nyata.

Kalau kita jujur dalam membina persefahaman dan memperakukan peranan semua kaum; mengapa kita sendiri yang bertindak melaga-lagakan @ mengadu domba antara satu sama lain?

Saya setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir, kemenangan BN dalam Pru 13 bukan kerana mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat; tetapi kejayaan mereka menakut2kan orang melayu melalui sentimen membenci kaum lain, yang akhirnya orang melayu undi BN, kononnya utk pastikan kuasa politik tidak tergugat.

Politik rasis seperti ini sebenarnya adalah ketinggalan zaman. Barangkali kita lupa, semua manusia adalah makhluk Allah tidak kira siapa mereka.

Yang membezakan ialah aqidah dan penilaian taqwa di sisiNya. Saya sedih, 56 tahun negara kita merdeka; pemikiran kita masih dijajah.

Kempen perkauman yg keterlaluan, tindakan melulu membakar masjid, gereja, campak babi dlm rumah ibadah, mengedar risalah2 perkauman dan ucapan provokasi kaum; adalah gambaran tahap intelektual kita yang sangat rendah.

Saya berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS dapat menggerakkan usaha2 yang lebih sistematik dalam mendekatkan masyarakat majmuk negara ini.

Siri2 dialog dan forum bersama Non Muslim, Ngo dan tokoh masyarakat dapat diadakan dengan lebih kerap.

Gambaran sebenar yg membawa kepada keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat mesti diterapkan. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, mari kita bersaing secara sihat. Kelemahan bangsa sendiri, harus dicari formula menanganinya. Bukan menuding ke atas bangsa lain, atas kegagalan sendiri. 

Semoga Syawal yang baru berakhir, membawa harapan baru dalam kehidupan. Jatidiri yang bertitik tolak kepada kehidupan beragama; mendekatkan diri kepada Allah, disiplin kehidupan yang berintergriti, adalah model yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW.

P/s YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulaijaya sedang memberi duit Raya sempena Rumah Terbuka PAS Kawasan Kulaijaya semalam.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: