Utama > Uncategorized > Pemimpin sejahtera rakyat sengsara

Pemimpin sejahtera rakyat sengsara


image

Dipetik dr Facebook Ungku Mohd Noor Mahmood

HARI ini berbangkit kembali isu lapuk, bagaimana untuk menghadapi masalah kekurangan Doktor Pakar di Malaysia ?.

Kali ini di suarakan olih PM Najib . Beliau minta tindakan di ambil bagi mengatasi pengaliran keluar Doktor Pakar yang berkhidmat dalam negara .

Imbuhan yang rendah kepada Doktor Pakar, di samping syarat dan peraturan yang di kenakan terhadap Doktor yang baru berkhidmat, menyebabkan majoriti mereka tertangguh serta hilang minat untuk melanjutkan kepakaran.

Selain itu ketiadaan dan kekurangan kelengkapan peralatan terkini yang tidak mampu di sediakan olih Hospital Kerajaan juga menyebabkan Pakar Perubatan tersebut memilih untuk terus berada di luar negara dan di Hospital Swasta .

Akibat nya pesakit yang tiada berkemampuan untuk mendapat rawatan pakar di Hospital Swasta, akan terpinggir dari arus kecanggihan dunia perubatan atau terpaksa menunggu giliran berbulan lama nya atau di rujuk ke Hospital Kerajaan yang lebih jauh .

Tinggal lah majoriti Doktor pelatih dan Doktor baru yang sedang mencari pengalaman di Hospital Kerajaan, bertungkus lumus menghadapi rakyat, setelah para Doktor yang sudah berpengalaman meletakkan jawatan untuk kemajuan diri dan professional mereka .

Apa erti nya rakyat di dahulukan, sedangkan pemimpin dan keluarga mereka lebih mudah menikmati segala kemudahan .

Amat menjengkelkan kerana rakyat yang mengundi mereka, mengangkat mereka sebagai pemimpin .

Hatta semua wakil rakyat yang terpilih di berikan kemudahan perubatan, termasuk isteri dan tanggungan .

Masih segar dalam ingatan seorang sahabat yang ingin mendapatkan rawatan di IJN, akhir nya tiada kesempatan setelah beliau meninggal dunia sementara mengumpul dana.

Sedangkan isteri Ahli Parlimen yang di pilih rakyat, keseluruhan kos rawatan pembedahan di IJN, di bawah tanggungan Parlimen .Sebenar nya, itu lah “Standard” Negara Malaysia .

Sesuai dengan tahap pemikiran dan amalan pemimpin nya, yang jauh ketinggalan kebelakang berbanding pemimpin dan sistem negara maju, yang mendahulukan kebajikan rakyat . 

NEGARA BERKEBAJIKAN@KERAJAAN RAKYAT

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: