Utama > Uncategorized > Ke arah mana Felda nak dibawa?

Ke arah mana Felda nak dibawa?


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956, sebagai Badan Berkanun di bawah Fasal 3 Ordinan Pembangunan Tanah 1956.

Sehingga kini Felda telah berjaya membuka tanah seluas 905,448 hektar merangkumi 537,738 hektar milik 112,635 peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara.

Manakala, 367,710 hektar ladang dikendalikan oleh Felda Plantation Sdn Bhd(FPSB).

Ketika mula2 masuk Felda, setiap peneroka menandatangani ‘ Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda ‘.

Apabila selesai Bayaran Kembali atau mudah difahami hutang Pembangunan Ladang, kos kawasan Kampung, potongan/pinjaman persendirian dan faedah/interest 6.25% setahun; maka peneroka dipujuk dengan berbagai cara, tekanan dan ugutan agar menyerahkan urusan Tanam Semula kepada Felda.

Felda mengeluarkan berbagai jenis perjanjian baru untuk tujuan tersebut.

Antaranya:-

1. Perjanjian Antara Peneroka dan Felda Berkuatkuasa Selepas Hakmilik, yang dulunya dikenali Borang Kuning(sebab borangnya berwarna kuning),

2. Perjanjian kawasan Tanam Semula Tanah Sawit kepada Sawit/Tanah Getah kepada Getah,

3. Perjanjian Pindaan Rancangan Sawit/Getah Sistem Blok,

4. Perjanjian Pemulihan Kebun Peneroka,

5. Perjanjian Tanam Semula Untuk 36 bulan,

6. Perjanjian Pengurusan Tanam SemulaBagi warga Felda terutamanya yg bergelumang secara langsung dengan kehidupan di ladang masing2, tentu tidak lupa asakkan bertubi2 agar peneroka serahkan pengurusan kebun kpd Felda.
Alasannya, peneroka dah tua, tak upaya dll.

Jentera GPW(Gabungan Perkumpulan Wanita) paling aktif dipergunakan untuk meyakini apa jua kehendak Felda. 

Mana2 peneroka atau anak peneroka yg mahu bebas dari belenggu hutang dan ingin menguruskan kebunnya secara persendirian ditohmah dan di nafikan hak mereka. ‘tak tau bersyukur, kacang lupakan kulit, pengkhianat, penghasut dll’.

Saya mengakui strategi menakut2kan, ugut dan ancaman pulau memulau yg dilakukan Felda sgt berkesan.

Buktinya, hanya 17,796 peneroka yg mengharungi cabaran dan istiqomah berdikari uruskan kebun mereka secara persendirian.

Tidak perlu saya hurai kepahitan yg teramat sangat melalui detik2 ini. Fitnah dan adu domba sampai berpecah belah keluarga.

Generasi Baru mungkin tidak tahu atau ambil tau saat2 kritikal yg berlaku.

Felda Technoplant Sdn Bhd, adalah Anak Syarikat yang ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam kerja2 tanam semula.

Ikrar dan iltizam mereka sangat berkobar2 untuk mengurus hampir 95 ribu peneroka yang ‘dipaksa’ menandatangani perjanjian Pengurusan Tanam Semula.

Mereka menerbitkan pamplet khas menyatakan kelebihan tanam semula bersama Felda;dalamasa yang sama memburuk2kan peneroka yang tanam semula secara persendirian.

Antaranya:-

1. Kebun diurus secara profesional
2. kos dapat dikawal ditahap yang rendah
3. Pengurusan yang berpengalaman
4. Sumber dana Felda yg mencukupi
5. jaminan pendapatan jika berlaku kejatuhan harga komoditi
6. melindungi tanaman peneroka jika berlaku bencana
7. menerima faedah insentif dan kemudahan Felda
8. menggunakan bahan tanaman yang dijamin berkualiti.

Techno Plant menjanjikan yang indah2 untuk meyakinkan peneroka.

Mereka membolot projek tanam semula yang nilainya berbilion ringgit setiap tahun.

Sejarah tubuhnya Techno Plant untuk kepentingan kroni pun saya tau.

Kebetulan, saya punya hubungan dengan mereka; bahkan ada pegawai kanan Felda yang memaklumkan secara terperinci.

Kroni kekenyangan, peneroka dapat apa?Hari ini mereka panik. Kebun peneroka bermasalah, semak samun, menuai sawit sudah tidak mengikut jadual.

Buruh cabut, ada Felda hanya menuai sekali sebulan. Pembajaan tidak teratur, produktiviti berkurangan.

Bila berlaku penstrukturan Felda ekoran penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, di tubuh lebih dari 10 Jabatan dalam Felda.

Naik berlipat kali ganda kos pembangunan operasi. Ada peneroka tahu gaji dan insentif yang tidak seimbang antara pegawai eksekutif, pegawai FGVH dengan pegawai biasa di Felda2, walhal mereka ini telah berkhidmat begitu lama?

Disebalik segala janji dan harapan yang terlalu tinggi, adakah jadi kenyataan?Mana dia kata Isa Samad, yang bercakap di sana sini, peneroka akan jadi jutawan selepas FGVH di senaraikan di Bursa Malaysia?

Adakah kita tahu nasib malang peneroka dan kakitangan Felda yg membeli saham FGVH dan kesannya atas kejatuhan saham tersebut?Hari ini Felda nak pajak kebun peneroka.

Sekali lagi mereka gunakan taktik sama ketika memperdaya peneroka agar menyokong penyenaraian FGVH.

Lebih hebat lagi, dijanjikan RM yang cukup lumayan. Kami cuma nak pajak. Selepas 30 tahun, peneroka ambil balik. Daripada kebun tak terurus, lebih baik dipajak, dapat duit tiap2 bulan. Peneroka tak tau apa2.

Ramai kawan2 beri nasihat, persetan kan peneroka. Lantak lah peneroka. Nak pajak ke, nak gadai ke biarlah mereka rasai akibatnya.

Jadi macam peneroka Cahaya Baru, Sg Buaya; akhirnya terpaksa di bantu Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dapat wang ehsan untuk survive!Mana wang berjuta yang dijanjikan?Mana perginya tanah mereka?Menang sorak kampung tergadai!Demi Allah, apapun sikap peneroka dan Gen 2&3, saya dan rakan2 ANAK tidak akan berhenti berjuang bagi mempertahankan hak mereka.
Saya anak peneroka dan telah di didik bapa saya berbudi dengan tanah semenjak berumur 8 tahun.

Berjalan kaki seawal jam 7 pagi ke kebun yg jauhnya lebih 3 km.

Tekad ANAK, berjuang dan terus berjuang. Menyampaikan maklumat dgn berbagai cara, meskipun dihalang dan dicederakan di sesetengah Felda. 

Aduan polis, roadshow penerangan, Solat Hajat, serah memorandum dan bertemu YAB Menteri Besar dan tentu sekali berjumpa ‘bapa’ kami, YAB Perdana Menteri akan kami susuli selepas ini.

Kami tidak kesah di kata Pengkhianat dan Penghasut atau dinesta ‘Haram jadah’ demi menyelamatkan harta mak bapak kami dari pengkhianat sebenar; penghisap darah yang tiada taranya!

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: