Utama > Uncategorized > Kadi tersalah pecat Imam?

Kadi tersalah pecat Imam?


image

Dipetik dr Facebook Firdaus Masod

ALHAMDULILLAH menang kes di mhkmh tinggi muar terhadap pej agama johor responden sulaiman maiden sekrg kadi segamat kerana salah memecat seorg imam di ledang ust nazri.

lain kali jgn suka2 nak pecat orang.tgk dulu kuasa yg ada.tak suma kuasa ada pd kadi.

Beliau dipetik berkata sebagai mengulas satu laporan berita menyebut :

MUAR- Mahkamah Tinggi Malaya Muar hari ini telah membuat keputusan suatu Perintah Permohonan Semakan Kehakiman yang telah difailkan oleh Mohd Nazri Bin Musa akibat daripada penamatan perkhidmatannya sebagai Imam Satu di Masjid Dato’ Abdul Ghani Kampung Sagil Parit 2, Sagil Ledang, Johor oleh Responden Pertama iaitu Haji Sulaiman bin Maidin, Kadi Daerah Ledang melalui surat bertarikh 16 Julai 2012 yang mana perkhidmatan Pemohon telah di tamatkan 6 bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Hakim Dato Zainal Azman bin Ab Aziz  dalam keputusannya berkata bahawa Responden Pertama iaitu menurut Seksyen 102(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003) Responden Pertama tidak mempunyai bidangkuasa untuk menamatkan perkhidmatan Pemohon selain daripada Responden Ketiga iaitu Majlis Agama Islam kerana penamatan perkhidmatan tersebut hanya boleh dilakukan oleh Responden Ketiga. Tambahan lagi prosedur penamatan itu sendiri adalah tidak sah kerana Pemohon telah ditamatkan perkhidmatan tanpa diberi peluang untuk membela diri. Sekalipun Pemohon ada membuat rayuan melalui Jawatankuasa Masjid Dato’ Abdul Ghani Kampung Sagil Parit 2, Sagil Ledang, Johor namun rayuan tersebut tidak dipertimbangkan.

Memandangkan tempoh perkhidmatan Pemohon telahpun tamat pada 31-12-2012 yang lalu, Hakim hanya memerintahkan Responden-Responden membayar kos kepada Pemohon dan gantirugi am akan ditaksirkan kemudian.

Pemohon diwakili oleh Puan Rohana binti Ramli dari Tetuan Izauddin Firdaus & Mahendran manakala Penasihat Undang-undang Negeri Johor Puan Anis Wahidah binti Mohamad  mewakili Responden Pertama dan Kedua serta menyebut bagi pihak peguamcara Responden Ketiga Tetuan Ikbal Salam & Associates.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: