Utama > Uncategorized > Berkorban apa sahaja

Berkorban apa sahaja


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

“WAHAI orang2 yang beriman: Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui(hakikat yang sebenarnya).”Surah Al-Saf:10-11

Mesyuarat Agong PAS Kawasan seluruh negara hampir selesai.

Proses pemilihan berjalan lancar. Kalaupun ada pertandingan, ia persaingan yang sihat, inshaAllah. ‘

Berlumba-lumba melakukan kebaikan’.Selalunya pemimpin baru dan team yang baru dibentuk akan ada visi dan misi.

Ia bagi membuktikan mereka kepimpinan yang berwawasan. Dalam tempoh 2 tahun(penggal pemilihan), ikrar dan janji dilafazkan. Retreat dan siri2 perbincangan dilakukan.

Mutakhir ini, buat di kawasan peranginan, kononnya lebih selesa dan menjanjikan plan tindakan yang terbaik.

Alhamdulillah, Pemikiran dan strategi pembangunan dalam parti telah mencapai banyak kemajuan.

Inilah kejayaan PAS dalam menyemarakkan konsep jihad dalam jamaah.

Setiap ahli parti samada Ulama’, Profesional dan aktivis berganding bahu menyumbang kearah kekuatan jamaah.

Namun, ada aspek yang mesti diberi keutamaan.

Berdasarkan pemerhatian saya, soal pengorbanan dalam perjuangan ini yang tidak seimbang.

Saya suka mendengar cerita aktivis parti ditahun2 50an-80an bagaimana tahap pengorbanan mereka yg begitu tinggi.

Curahkan tenaga dan harta benda untuk jamaah mengatasi keluarga sendiri.

Mereka dirangsang oleh tok2 guru dan para murabbi besarnya ganjaran orang yang berjihad di Jalan Allah.

Sanggup waqaf tanah untuk buat markaz, derma puluh ribu untuk siapkan madrasah, jual kenderaan untuk bertanding pilihanraya; pendekata, berkorban apa sahaja…

Sesetengah kita hari ini, cakapnya hebat. Isinya dengan nas dan hujah yang mantap.

Pengorbanannya???Pejuang dulu kadangkala, cakap tak berapa pandai, kerjanya jalan terus. Berkorban dan istiqomah sampai akhir hayat.

Hari ini sesetengah individu pemimpin dan ahli hidup begitu selesa. Rumah dan kenderaan terlalu mewah. Makan dah setaraf di restoran 3-4 bintang.

Kadang2 dah sama mewahnya macam kehidupan pemimpin lawan kita; yang kita kutuk2 dulu.

Saya bukan mahu mempersoalkan gaya hidup ahli parti kebelakangan ini.

Tambahan pula, dah ada kerajaan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Almaklum, zaman dah berubah, ini bukan PAS dulu-dulu…..

Yang saya nak tekankan ialah keseimbangan dan kesederhanaan. Jika ahli parti selesa, seharusnya jamaah juga begitu. Bukan ditakuk yang lama.

Sedihnya, bila Bendahari bentang laporan Kewangan, baki duit ciput. Nak laksana program parti jadi sukar. Di sinilah, penghayatan pengorbanan dalam perjuangan.

Mendahulukan jamaah lebih utama dari kepentingan peribadi. Ia bukan tanggungjawab Ketua parti sahaja, tapi jawatankuasa yang beroleh mandat.

Barangkali, arkib PAS Pusat boleh menjejaki tokoh2 PAS atau veteran parti yang dinukilkan dalam penerbitan buku, sejarah perjuangan dan pengorbanan mereka buat tatapan kita hari ini.

Sukarnya berjuang, tapi kegigihan mereka jadi contoh untuk di turuti pemimpin dan ahli parti masakini.

Ada yang merengkok dalam tahanan, dibunuh, dicederakan, disihir dan menderita sakit bertahun-tahun.

Kita bagaimana?Menjadi pemimpin bukan untuk cari populariti. Bangga atas kepercayaan jamaah.

Ia suatu amanah yang pertanggungjawabannya amat berat. Penilaiannya bukan sekadar di dunia, membawa ke alam Akhirat!

P/s cenderahati dari YDP PAS Kawasan Kota Melaka, sdr Harun.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: