Utama > Uncategorized > Hala tuju PAS Kluang

Hala tuju PAS Kluang


image

MALAM tadi PAS Kawasan Kluang telah berjaya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali yang Kedua pada sesi yang baru ini. Kepimpinan sesi ini menggabungkan AJK yang berlatar belakangkan pengalaman kerja, politik dan akademik yang pelbagai.

Ada di kalangan mereka adalah kontraktor, bekas pegawai kerajaan, bekas ketua kampung, ustaz/ustazah dan aktivis masyarakat. Lebih menarik, hanya seorang saja yang dipilih semasa Mesyuarat Agong PAS Kluang yang lalu berusia lebih muda daripada saya malah ada AJK yang sudahpun berusia 74 tahun namun masih gagah untuk meneruskan hidup dalam perjuangan.

PAS Kawasan Kluang telah menetapkan bahawa Motto bagi sesi ini adalah ‘Bersama Melangkah Kehadapan’ dengan meletakkan Lima (5) Halatuju yang perlu dicapai sepanjang dua tahun yang akan datang.

Pertamanya adalah Memperkasa organisasi di semua peringkat. Keduanya, Memperkukuhkan program Tarbiyah dan Dakwah. Ketiganya adalah Melaksanakan program perkaderan. Manakala yang keempatnya adalah Memperkukuhkan sumber kewangan. Kelimanya, Melaksanakan program kebajikan secara tersusun.

Bagi memastikan bahawa kesemua 5 Halatuju ini dapat dicapai maka strategi untuk mencapainya telah disusun dan akan dibengkelkan dalam masa yang terdekat dan kesemuanya akan dipantau melalui KPI yang ditetapkan olej jawatankuasa Pemantau yang dilantik.

Sebanyak 11 Lajnah dan Jabatan diwujudkan untuk memastikan Hala Tuju PAS kawasan Kluang akan tercapai dan kesemuanya diletakkan di tiga Bahagian yang berbeza.

Bahagian Operasi Politik dan Pilihan Raya terdiri daripada Lajnah Politik dan Organisasi dan Jabatan Pilihan Raya.

Bahagian Dakwah, Perkaderan, Tarbiyah & Latihan Kepimpinan terdiri daripada 5 lajnah iaitu Lajnah Penerangan dan Dakwah, Lajnah Perpaduan Nasional, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan serta Lajnah ICT & Media Baru.

Bahagian ketiga iaitu Bahagian Sokongan Struktur, Kewangan & Sistem terdiri daripada Lajnah Keahlian, lajnah Kewangan, Lajnah Bangunan & Pengurusan Harta dan Lajnah Pengurusan dan Pemerkasaan Parti.

Ketiga-tiga bahagian ini akan dipantau oleh tiga peneraju utama PAS kawasan iaitu Yang Di Pertua, Timbalan Yang Di Pertua dan Naib yang di Pertua.

Saya percaya bahawa halatuju PAS kawasan Kluang akan dapat dicapai berdasarkan kepada komitmen AJK yang ikhlas dan bersungguh untuk memikul amanah yang diberikan oleh jamaah pada sesi ini.

Salah seorang yang berkongsi pengalaman semasa mesyuarat semalam adalah Tuan Haji Mohd Sapari yang merupakan AJK PAS kawasan yang baru dan juga merupakan Ketua PAS Cawangan Kampung Bentong. Beliau berkongsi sejarah dan pengalamannya menjadi Ketua Kampung, Ketua UMNO cawangan dan Pengerusi Masjid di Kampung Bentong dan kini Allah membuka hati beliau untuk menyertai PAS pada usia beliau 74 tahun.

Mudah-mudahan Allah memberikan saya dan para sahabat pimpinan PAS kawasan Kluang kekuatan dan kesabaran untuk memimpin jamaah PAS pada sesi ini.

BERSAMA MELANGKAH KEHADAPAN

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua
PAS kawasan Kluang.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: