Utama > Uncategorized > BP syor Suhaizan Kp Pusat

BP syor Suhaizan Kp Pusat


Dipetik dr Page Pas Kaw Batu Pahat (Offical)

KAMI dari pemuda PAS kawasan Batu Pahat dengan sebulat suara telah bersetuju untuk mencalonkan Sdr. Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda (KP) bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan PAS yang bakal berlangsung pada bulan November ini.

Keputusan ini telah dicapai dalam mesyuarat kali pertama kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada 23 September 2013 yang lalu.

Kami sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincangkan secara mendalam termasuk beberapa nama tokoh-tokoh pemimpin pemuda PAS yang lain.

Kami berpandangan, Suhaizan yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini.

Ini bukan cakap kosong, kita boleh saksikan sendiri beberapa isu besar diperingkat nasional sebelum ini yang berjaya diketengahkan oleh beliau dan mendapat perhatian rakyat Malaysia keseluruhannya.

Bahkan ia mampu menggugat pesaing utama PAS iaitu UMNO dan Barisan Nasional.

Contohnya, lihat sahaja keterlibatan beliau dalam isu bantahan terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekitar tahun 2009 yang lalu.

Akhirnya kerajaan terpaksa akur untuk tidak melaksanakan PPSMI akibat wujudnya desakan yang kuat hasil mobilisasi massa serta peningkatan kesedaran rakyat Malaysia yang telah diusahakan oleh para aktivis, pejuang bahasa, pimpinan politik dan NGO termasuklah Suhaizan sendiri yang merupakan setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ketika itu.

Begitu juga dengan beberapa isu lain yang berjaya beliau ketengahkan seperti isu pengundi klon/hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, isu perjuangan kampung setinggan di Johor, dan sebagainya.

Jika mood seperti ini dapat diteruskan, pamuda Batu Pahat amat yakin DPPM akan mampu membina momentum yang besar menuju Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

Oleh itu, Pemuda PAS kawasan Batu Pahat, sekali lagi mangumumkan pencalonan Sdr. Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam pemilihan PAS pada kali ini.

Kenyataan media oleh:

MOHD SALLEH BIN TAMJIS

Ketua Pemuda PASKawasan Batu Pahat, Johor

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: