Utama > Uncategorized > Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?

Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?


image

DALAM Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta.

Projek tersebut adalah seperti berikut :a. Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta. b. Projek Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%.

Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta. c. Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%. Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta. 

Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.

Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:

1. Kelewatan selama 547 hari.

2. Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.

3. Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).

4. Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.

5. Berdasarkan Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor tidak memuaskan.

6. Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.

Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran ialah :

1. Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang. 

2. Melibatkan kelewatan selama 484 hari. 

3. Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.

4. Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)

5. Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.

6. Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.

Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.

Projek ini adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian.

Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan ? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?

Apakah kerana kelemahan UTHM sendiri sehingga Kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit ?

Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.

Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210 kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). 

UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.

Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.

Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap pelajar).

Jumlah itu cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang.

Juga, ia boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10 ribu setiap seorang.

SUHAIZAN BIN KAIAT

KETUA PEMUDA PASNEGERI JOHOR

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: