Utama > Uncategorized > Warga Felda Jahil?

Warga Felda Jahil?


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

AKU mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil.

Mereka tidak pernah faham landasan ilmu’. Kata2 Imam Syafie.

Antara cabaran dalam menyampaikan mesej perjuangan dan menegakkan yang hak ialah berdepan dengan orang yang jahil murakap.

Dia jahil tapi berlagak pandai. Bodoh sombong. Kalau sekadar jahil tetapi mahu mengambil faham, itu sifat terpuji.

Maklum lah, asal kita memang tak tahu. Belajar dan tuntut ilmu biar jadi manusia cerdik.

Bila kita terangkan sesuatu isu, dia bangkang tapi tiada hujah. Sepatutnya, kita buktikan kemampuan intelek kita; bukan menentang membabi buta.

Tak tau hujung pangkal, menentang sampai ke sudah.

Bila saya bersama Dr Rosli Yaakob, Lawyer Hj Haris Abdullah, Hj Razman Zakaria dan rakan2 Ngo ANAK menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia; saya berdepan dengan ramai golongan yang seperti ini. Kita dedah dan buat analisis secara berfakta.

Buat perbincangan dengan ahli ekonomi, pakar perbankan, remiser dan mohon pandangan dari berbagai pihak yang ahli.

Kita kumpul dokumen dan maklumat dalaman Felda sendiri mengenai penyenaraian FGVH. Justeru, protes dan bantahan ANAK ada asas dan hujahnya.

Saya tahu pendirian sebenar tokoh seperti Tan Sri Rozali Ismail, GWGF, En Shamsudin Osman(Ketua Peneroka Kebangsaan), Dato’ Zainal Hassan dan pegawai2 kanan Felda.

Sebahagiannya mempunyai hubungan dengan saya. Tapi, kerana faktor yang kita sama2 maklumi, mereka tidak bersedia ke depan.

Hari ini, saham FGVH terperosok di bawah paras IPO. Untuk survive sekurang2nya setahun, FGVH mesti ‘rampas’ Felda Holding dari penguasaan KPF.

Felda nak pajak kebun peneroka. Saya tau mereka nak ‘estetkan’ Felda. Cita2 Isa Samad untuk jadikan Felda, ‘estet’ terbesar di dunia. Penguasaannya mesti total.

Mereka mampu pedaya peneroka dan sebahagian besar GEN 2&3, kerana kejahilan masyarakat Felda. Sesetengah anak peneroka yang berkelulusan tinggi pun tidak menggambarkan kecerdikan mereka.

Sebab, disogok dan ditawar dengan kebendaan!Hari ini saya terima beberapa panggilan talipon dari warga Felda yg resah dengan kemelut dalam FGVH dan KPF.

Mereka mohon ANAK buat sesuatu. Saya telah katakan, inilah akibatnya bila kita mensia2kan mandat yang sepatutnya kita beri dalam PRU 13 lalu. 

Tawaran PR untuk mengkaji balik FGVH, mengagihkan Tanah Felda Plantation kepada Gen 2&3, menyemak hutang peneroka dan mempastikan ketidakadilan Kadar Perahan Gred ditolak dengan angkuh oleh pengundi Felda.Isa Samad dan BN ada masa 5 tahun untuk melakukan apa sahaja.

Pemimpin Umno di Tanah Rancangan Felda berani menghalangnya?P/s Lef.Kol(B) Hj Nazari Mokhtar, calon Dun Pasir Raja bergambar dengan ADUN PT YAANI, YB HJ Aminulhuda Hassan, selepas majlis perasmian Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tenggara.

Anak tempatan Felda Bkt Besar, bekas Pegawai Tinggi Tentera yang pernah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, dikalahkan oleh calon BN, bukan anak tempatan dan prestasinya yang semakin lemah.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: