Utama > Uncategorized > KPF bakal pupus?

KPF bakal pupus?


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

NOTIS Mesyuarat Agong Khas Perwakilan KPF telah dikeluarkan. Agendanya jelas. Penjualan equiti 51% KPF dalam Felda Holding ke FGVH.

Berpuluh tahun penguasaan KPF keatas Felda Holding. 56 Anak Syarikat Felda Holding, 47 darinya aktif.

Nilai bayaran RM2.2 bilion begitu rendah. Beberapa board dan pegawai kanan KPF menyatakan rasa amat sedih dengan perkembangan ini di celah gegak gempita, sorak sorai ‘ hidup melayu’ yang dilaungkan pemimpin dan perwakilan Umno sempena pemilihan mereka.

Untuk mengekalkan prestasi sedia ada, dalam keadaan 80% kekuatan teras mereka dirampas FGV, terlalu amat sukar.

Kenapa FGV tergamak berbuat demikian? Khianat kepada koperasi bangsa sendiri!

Saya tidak nampak perwakilan KPF untuk Egm 27 okt ini mampu menghalang kerakusan FGV yang didalangi Isa Samad.

Perwakilan sedang cuba dipujuk, diberi habuan dan diyakinkan, bahwa, pemindahan equiti memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada peneroka.

Maka, terangguk2 lah para perwakilan…Jika tercapai hasrat Isa dan kuncu2nya, Felda Holding di bawah kekuasaan FGV.

Ingat, FGV adalah syarikat di bawah Bursa Malaysia. Ia senaraian awam. Terdedah kepada manipulasi luar. Syer peneroka cuma 800 unit sahaja, tak cukup pun seunit.

TIADA APA APA….seperti lagu Aku Anak Kampung, nyanyian Jimmy Palikat!Salah satu anak syarikat Felda Holding ialah Felda Technoplant Sdn Bhd yang mengendalikan kebun hampir 80 ribu peneroka seluruh negara.

Bermakna, kebun peneroka dalam genggaman FGVH. Jika perancangan Felda untuk pajak kebun peneroka selama 30 tahun disokong pula oleh peneroka; maka, hasrat Isa Samad, ‘meng-estetkan’ Felda, jadi kenyataan.

Masadepan Peneroka bagaimana?

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: